Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Tahun Baru dalam Tangisan

Dec 31, 2008 , Posted by hamba_tarbiyah at 10:13 AM

Pembantaian di Semenanjung Gaza terus berlanjutan dan angka korban terus meningkat. Israel terus menggempur rumah-rumah dan tempat ibadah. Hingga kini lebih 380 yang telah gugur dan lebih dari 1750 lainnya terluka, manakala 300 antaranya dalam kondisi yang kritikal.

Tidak cukup dengan itu, pesawat-pesawat tempur Zionis Israel telah menggempur kompleks kementerian pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza dan mengakibatkan 10 orang gugur dan puluhan lainnya terluka. Pesawat tempur Israel juga melancarkan serangan massif sejak pagi selasa lalu ke pos-pos keamanan di wilayah-wilayah di Semenanjung Gaza.

Beginilah keadaan dan situasi yang berlaku di Semenanjung Gaza Palestin, bumi yang yang pernah ditakluki oleh Panglima tentera yang cukup kental Roh Islamnya iaitu Salahudin Al-Ayyubi. Begitu sengsaranya mereka apabila dibantai sepuas-puas hati oleh tentera Israel laknatullah. Terhimpit, terseksa, terbunuh dan............. sudah tidak tahu lagi bagaimana ingin digambarkan.

Namun, jauh berbedanya kita di Malaysia, jauh sejauh-jauhnya. Sorakan, bergembira, berarak dan masih boleh bergelak ketawa bersama ahli keluarga, sahabat handai serta jiran tetangga sudah menjadi suatu kebiasaan malahan "rutin tahunan" bagi rakyat Malaysia dalam mengisi ruang sambutan pasca tahun baru. Mungkin atas faktor kedudukan negara yang begitu jauh dari bumi arab, maka kurang terasa aura keperitan saudara kita di sana. Namun ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kita tidak sama-sama merasa keperitan dan kesusahan yang mereka alami.

Tidak ada guna televisyen tersergam indah di ruang tamu, tidak ada guna komputer atau laptop yang berisi dengan internet, tidak ada guna telefon bimbit dengan kacanggihan MMS, tidak ada guna malahan sedikit pun tidak! Jika ia tidak menjadi ruang untuk kita merasai kesedihan dan keperitan saudara kita di sana..it's useless! Tambahan ia digunakan untuk penyedap hati dan memuaskan nafsu serta keseronokan dunia semata-mata.


Jet pejuang Israel melancarkan serangan udara dengan
puluhan peluru sekali gus ke bumi Palestin.
Bayangkan adakah sempat
saudara-saudara kita melarikan diri?


380 gugur sebagai syuhada dan lebih 1750 terluka



Beginikah layanan mereka kepada warga Palestin
yang cacat?


Serangan jarak jauh yang ditujukan kepada
rakyat Palestin


Kesengsaraan umat Palestin....kanak-kanak
tidak dihiraukan



Aku telah ditangkap, bagaimana kamu ?
Sanggup membiarkan aku dan bumi Palestin
berhujan darah.


Sang Mujahid Kecil

Saya tersentuh apabila membaca satu warkah cebisan seorang blogger yang pernah berkunjung ke sana. Pada suatu ketika, beliau berjalan-jalan sambil melihat runtuhan bangunan di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang anak kecil menghampirinya, lalu bertanya "Adakah kami menjadi beban kepada kamu dan umat Islam ?" terkedu dan terkelu lidahnya kerana secara tiba-tiba diajukan soalan sebegitu rupa, tanpa mampu mengeluarkan sebarang jawapan. Ditanyanya lagi "Adakah kami rakyat Palestin menjadi beban kepada kamu dan umat Islam ?" tanpa sebarang jawapan yang mampu diberikan lantas sang anak kecil itu menjawab "Bunuhlah kami jika kami menyusahkan kalian, jika kami mati maka kalian tidak akan bersusah payah lagi" tersentak buat kali kedua blogger tersebut. Ya Allah betapa tersentuhnya hatiku apabila mendengar jawapan yang sedimikan rupa keluar daripada mulut seorang mujahid kecil. Allahuakbar.. Wahai sahabat-sahabat sekalian, bagaimanakah perasaan anda ?

Tiada makna tahun baru jika begini nasib saudara kita di sana tanpa mampu kita lakukan apa-apa. Tahun baru Hijrah kali ini diselubungi dengan penuh kedukaan dan kelukaan..Tahun Baru dalam Tangisan..


Tangisan di Bumi Palestin...

Tangisan di Bumi Malaysia...

Cukup-cukup berbeda..amat berbeda..

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriyah dan Salam Ma'al Hijrah..
Iringilah doa dengan penuh keinsafan untuk mereka agar mereka dan seluruh umat Islam diberikan kekuatan, kemuliaan dan kemenangan oleh Allah di dunia dan di akhirat, insyaAllah..

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment