Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Jihad Pelengkapnya....

Jan 14, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 10:44 AM

..."Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"....

..."Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"...

..."Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."...


Tentera HAMAS lengkap bersenjata bersedia menghadapi musuh


....."Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."......
-cebisan ucapan daripada Wakil HAMAS, Dr Khaliell Ismael Hayyad.


Alangkah terharu dan malunya rasa apabila membaca ucapan ini. Sedih, terkelan, sayu, terkesan, tidak kurang juga berasa kerdil tatkala menghayati bait-bait yang terpancar dari lidah seorang pejuang Harakah Al-Mukawwamah Al-Islamiyah (HAMAS) yang dilontarkan kepada semua kaum muslimin amnya dan Malaysia khususnya. Seharusnya ia menjadi nadi dan pembakar semangat untuk kita terus kembali dan berpegang teguh kepada Islam. Saya teringat kata-kata seorang tokoh pemuda dan panglima yang cukup agung dan terkenal dalam sejarah Islam iaitu Salahudin Al-Ayubi. Beliau mengungkapkan "Kalau ingin lihat siapa yang berkuasa memerintah dunia, maka lihatlah siapa yang berkuasa ke atas Al-Aqsa". Kata-kata ini cukup mengingatkan kita tentang sejarah jatuh bangunnya Al-Aqsa di tangan umat Islam dan musuh-musuhnya.

Sorotan sejarah telah membuktikan Al-Aqsa telah beberapa kali berjaya dikuasai oleh penghuni asalnya iaitu umat Islam. Pada tahun 16 Hijrah, kali pertama Al-Aqsa berjaya dibuka oleh Saidina Umar Al-Khattab, sedangkan sebelum itu Al-Aqsa dikuasai oleh Empayar besar Rom dan belum pernah dalam sejarah dikuasai oleh umat Islam. Inilah merupakan kejayaan terbesar umat Islam dan merupakan tanda dunia berada diambang kemusnahan. Sebagaimana yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W, tidak terjadinya kiamat sebelum Al-Aqsa dikuasai oleh umat Islam. Seterusnya pada tahun 1877 Masihi, setelah sekian lama Tentera Salib menduduki Al-Aqsa, sekali lagi umat Islam berjaya merampas kembali Tanah Suci itu dengan kehebatan seorang panglima yang masih muda ketika itu dan yang menariknya bukan dari keturunan Arab iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Inilah kisah secara ringkas silih berganti tampok pemerintahan umat Islam ke atas Bumi Al-Aqsa.

Jihad: Pelengkap Pengorbanan

Jika sebelum ini, pengorbanan menjadi "point" penting dalam posting saya, tetapi pada kali ini, tema jihad menjadi tunjang untuk saya memperkemaskan lagi pemahaman kita berkaitan isu Palestin dan kelemahan umat Islam mutakhirin ini. Jihad sebenarnya pelengkap kepada pengorbanan. Tiada jihad yang lebih tinggi daripada jihad melawan hawa nafsu dan menentang musuh-musuh Allah. Jika kita mentelaah berulang kali sejarah Islam bermula dengan kerja dakwah baginda pada peringkat "thir" sehinggalah secara terang-terangan, sahabat-sahabat Rasulullah diajar erti sebenar jihad serta aplikasinya dalam kehidupan seharian mereka. Ini jelas terbukti apabila mereka dididik untuk melakukan segala amal ibadah dan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya secara "bersungguh-sungguh". "Bersungguh-sungguh" inilah sebenarnya maksud Jihad dalam sudut bahasa yang mungkin ramai tidak mengetahui. Sebagaimana telah disebut di dalam Al-Quran :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."Al-Ankabut : Ayat 69

Jihad yang paling besar dan utama adalah jihad melawan hawa nafsu. Umat Islam seharusnya sedar bahawa amat sedikit manusia dari kalangan mereka yang berjaya melawan hawa nafsu. Hal ini terbukti jika kita lihat kondisi kita pada hari ini, berapa ramai umat Islam yang berjaya meninggalkan kehidupan dunia mereka yang sementara untuk menunaikan jihad yang menentang musuh Allah melalui peperangan, sanggup untuk meninggalkan habuan nafsu dunia, kesenangan dengan berumah besar cukup lengkap keperluannya, bergaji besar mampu membeli apa sahaja, beristeri cantik dan anak-anak yang ramai menjadi penyejuk mata. Jika hawa nafsu belum lagi mampu ditangani, bagaimana pula ingin menentang musuh Allah yang lengkap bersenjata dan penuh dengan tipu muslihat. Fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya umat Islam akhir zaman untuk mereka menyedari bahawa hawa nafsu sentiasa memerangkap mereka dengan menyajikan hidangan dan habuan yang menyeronokkan sehingga mereka lupa untuk melawannya. Allah telah menyebutnya di dalam surah An-Imran, ayat 14 yang bermaksud:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Yahudi Realiti VS Muslim Fantasi

Sedar atau tidak sebenarnya umat Islam berhadapan dengan Yahudi "Realiti", sedangkan mereka adalah muslim "Fantasi". Apa yang cuba saya timbulkan di sini adalah berkaitan kualiti yang ada pada umat Islam ketika ini. Mereka seolah-olah hipokrit pada Agama dan tidak menjadi sebagai seorang muslim yang betul-betul menepati kehendak Allah dan Rasul. Apabila mereka lahir dan menjadi hamba kepada dunia, maka mereka akan berkejar-kejar mengaut keuntungan dunia dan segala isinya. Ini bukanlah perangai dan sifat kita yang sebenar sebagai seorang muslim. Bahkan tidak ramai juga yang mula meninggalkan ajaran Islam bermula dari sekecil-kecil amalan dan hukum sehinggalah sebesar-besar perintah iaitu meninggikan syiar Islam dalam sistem pemerintahan dan perundangan. Inilah yang saya maksudkan dengan muslim "Fantasi" kerana mereka hipokrit dan tidak menjadi diri mereka yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Ayuh! umat Islam mari maju dan terus maju kedepan, melangkah dengan penuh megah, berikat teguh dengan Ikatan Islam, bersama menghancurkan Yahudi!..hancur!hancur!, hancur kezaliman!! Ayuh berjihad! meninggalkan segala keseronokan dunia!!demi membela Islam dan saudara kita yang kita kasihi..Ayuh!


Senjata-senjata yang digeruni oleh Yahudi..









































Kecil-kecil cili api, roket ini mampu melepasi jarak 60 km, menerobos sempadan negara Yahudi.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment