Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Politik Bukan Matlamat..(Bhg.1)

Apr 14, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 9:23 AM

Salam Islah,

1. Alhamdulillah, atas keberlangsungan kurniaan nikmat yang diberikan Ar-Rabbul Jalil, ibarat seperti air yang tidak putus-putus mengalir dengan lajunya.

2. Sesungguhnya tidak termampu hamba Mu ini membalas walau beribu-ribu tahun mengabdikan diri kepada Mu hatta selama-selamanya diberi peluang untuk beramal dengan perintahMu. Tiada lain yang ku harap, hanya RedhaMu atas setiap amalan yang ku lakukan walaupun tidak seberapa.

3. Kali ini izinkan ku menulis dan berbicara tentang Politik, dengan harapan setiap kalimat yang terpancar sentiasa dinaungi Kasih dan RedhaMu.

4. Tiada cernaan dan tulisan yang bermanfaat dan dikira di sisiMu sebagai Ibadah melainkan apabila ia mendapat Rahmat dan KeredhaanMu.

5. Politik bukanlah satu matlamat, sama ada yang pertama, yang kedua atau yang ke berapa pun, kerana ia sebenarnya hanyalah alat atau medium untuk kita bergerak menuju dan seterusnya mencapai matlamat.

6. Seorang muslim yang memahami tuntutan hidupnya sudah tentu tahu matlamat mereka diciptakan dan semestinya tahu halatuju mereka dalam kehidupan yang terbentang luas setelah dilahirkan ke dunia.

7. Sebagai seorang muslim juga, mereka seharusnya sedar politik bukanlah matlamat utama dan hidup bukanlah untuk politik semata-mata kerana tanpa politik manusia masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

8. Bagi setiap muslim yang bertaqwa, Islam akan dijadikan sebagai asas yang kukuh dan memperjuangankan Islam akan dijadikan matlamat yang paling utama dalam kehidupan mereka.

9. Tiada yang lebih bermakna selain dikurniakan nikmat Islam dan Iman.

10. Cita-cita Islam merupakan tunjang yang utama dan dasar yang paling ampuh untuk memungkin tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan Islam dan lahirnya sebuah perjuangan.

11. Dalam situasi hari ini, pelbagai cara pendekatan dan uslub dakwah yang "competent" digunakan oleh para pencinta dan penggerak Islam bagi merealisasikan matlamat Islam yang dibawa.

12. Ini termasuk bergerak dalam badan-badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan kebajikan hatta berkecimpung dalam sistem politik yang sedia ada.

13. Badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan tidak kira dalam lapangan ekonomi atau medan politik sekali pun, ia hanyalah bertindak sebagai "kuda tunggangan" untuk merentasi "benua" dan "padang pasir" yang penuh dengan onak dan duri bagi menjayakan matlamat yang dicita-citakan sesuai dengan waqi' semasa di Malaysia.

14. Sepertimana perumpaan yang dicipta oleh seorang tokoh politik dan Ulama' Malaysia, politik hanya diibaratkan seperti sebuah sampan yang digunakan untuk menyeberangi sebatang sungai yang amat deras airnya.

Bersambung...

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment