Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Bajet Masih dikeluarkan Pada 2008 Untuk Selenggara

Dec 31, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 3:13 AM



1. Bajet untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM masih dikeluarkan seperti biasa pada tahun 2008 walaupun enjin tersebut telah hilang, perkara yang sangat menghairankan.

2. Mengikut laporan daripada menteri pada mulanya menyatakan, hanya "satu" enjin yang hilang, tetapi telah diperbetulkan kembali selepas itu bahawa "dua" enjin yang sebenarnya hilang.

3. Apa yang menjadi persoalan adalah, apakah maksud "satu" dan "dua" sebagaimana yang disebutkan oleh menteri pertahanan? Kita lihat apa yang sebenarnya berlaku.
1. Untuk pengetahuan umum, pesawat tempur F-54 TUDM ini sebenarnya dilengkapi dengan dua buah enjin, bukan satu, bermakna satu pesawat mengandungi dua buah enjin.

2. Dalam prosedur biasa untuk melakukan proses penyelenggaraan, kedua-dua enjin tersebut akan dibawa dan diselenggara bersama-sama tanpa memisahkannya, ia bermakna tidak hanya satu enjin yang diselenggara.

3. Jadi kemungkinan apa yang dimaksud dengan "dua" oleh menteri itu adalah dua set enjin, bukan dua buah enjin. Satu set enjin untuk satu pesawat, bermakna satu set enjin ini mengandungi dua buah enjin. Dengan kata lain untuk mudah difahami sebenarnya negara kehilangan 2 set enjin atau bersamaan 4 buah enjin.

4. Jika ini yang berlaku, negara kita sebenarnya kehilangan lebih kurang RM 200 juta, bukan RM 50 juta atau hanya RM 100 juta.

4. Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan tadi dalam perenggan pertama, kerajaan Malaysia masih mengeluarkan bajet seperti biasa pada tahun 2008 untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM walaupun enjin tersebut diketahui telah hilang.

5. Mengapa masih keluarkan bajet untuk selenggara jika sudah diketuai ia telah hilang, mengapa?? (Anda boleh jawab sendiri)

6. Ia semestinya berlaku "ketirisan" atau "kebocoran" di mana-mana. Hebat dan licik tindakan "mereka".


Inilah enjin jenis GE J85-21A bagi pesawat tempur F-5E TUDM

7. Saya ingin sebutkan satu lagi perkara yang perlu dilihat oleh rakyat Malaysia. Ia amat besar dan sangat besar, kerana kehilangan enjin pesawat ini bukan isu yang kecil, ia melibat dan mengaitkan campurtangan antarabangsa.

8. Pesawat ini adalah pesawat yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan dibeli oleh Malaysia. Amerika sudah tentunya akan merasa curiga dengan kehilangan enjin ini, dan tidak mustahil mereka meminta laporan daripada Malaysia berkaitan isu ini.

9. Tentu sahaja mereka akan mempersoalkan, bagaimana enjin sebesar itu boleh hilang? Ia akan bertambah parah, dan saya kira Amerika tidak akan berdiam diri atas tindakan Malaysia yang mengambil mudah.

10. Kita perlu tahu bahawa mereka memang berhak mempersoalkan kehilangan enjin tersebut, kerana ia adalah teknologi mereka, bukan teknologi biasa, ia teknologi yang sangat besar, teknologi yang sudah pasti menjadi hak cipta terpelihara mereka.

11. Sudah tentunya mereka tidak senang dengan kehilangan teknologi keluaran mereka, sudah tentu dan sepastinya.

12. Malaysia perlu berjaga-jaga, jangan mengundang padah, mereka mungkin akan memainkan isu ini untuk campur tangan dalam hal ehwal negara Malaysia. Jangan jolok sarang tebuan wahai kerajaan Malaysia.

Maraji': Ucapan YB Dato' Tuan Haji Mahfuz Omar, MP's Pokok Sena.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment