Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Berblog, Ghoyahnya Akhirat (Bhg.1)

Dec 24, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 4:46 AM



“Barangsiapa akhirat menjadi matlamat dan tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi tujuan dan tumpuannya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” (Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang Shahih)

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat sama ada blogger atau pun tidak atas kunjungan Ilmiyah anda ke blog ini. Turut sama ucapan terima kasih dihulurkan kepada sahabat-sahabiah yang menjadi follower.

2. Sahabatku, ingatlah berblog Ghoyahnya(matlamat akhirnya) akhirat, peringatan buat semua sahabat blogger dan buatku terutamanya. Entry ini khusus buat kita dan saya sandarkan isi penting dalam entry ini daripada peringatan para murabbi dakwah dan tarbiyah kepada kita.

3. Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan kepentingannya, maka setiap harinya diingati perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang dilihat di dunia pasti ia akan hubungkan bersama akhirat, dan akhirat selalu disebut di setiap pembahasannya.

4. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat, tidak redha kecuali kerana akhirat, tidak marah kecuali kerana akhirat, tidak bergerak kecuali kerana akhirat, tidak berusaha kecuali kerana akhirat, dan tidak menulis kecuali kerana akhirat serta tidak berblog kecuali kerana akhirat.

5. Makanya untuk menjadikan ghoyahnya akhirat blog tidak dapat dipisahkan daripada Ilmu, iaitu Ilmu yang bermanfaat dan disandarkan kepada keimanan serta ketaqwaan kepada Allah.

6. Mana mungkin matlamatnya akhirat tanpa ilmu yang bermanfaat, dan mana mungkin ada Ilmu yang bermanfaat dalam blog yang sia-sia. Lebih mudah difahami, mana mungkin ghoyahnya akhirat tanpa ilmu yang bermanfaat di dalam blognya.

7. Kita akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak di atas apa yang ditutur dan dilakarkan di dalam blog. Ingatlah peringatan Allah yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran:

نْ ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis." (Al-Qalam:1)

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

"Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid." (Qaf: 18)

8. Penulisan yang mempunyai ilmu dan maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan manakala penyebaran ilmu dan maklumat yang tidak baik menghasilkan dosa berterusan.

9. Penulisan blog boleh menjadi senjata yang amat tajam jika digunakan untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun yang sangat berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna.

bersambung...(akan datang: Ciri-ciri Ilmu yang bermanfaat dari Kitab Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf)


Murabbi Maraji':
1. Ucapan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Perasmian Konvensyen Blogger PAS 2009
2. Tulisan Al-Fadhil Ust. Yussaine Yahya

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment