Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

BMW Car Concept

Dec 11, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 10:58 AM

Canggih sungguh ciptaan manusia, tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya lebih dan Maha Canggih lagi ciptaan Allah itu.

Dalam bidang R&D automotif, selain mengambil kira "design" exterior sesebuah kereta, perkara yang paling utama ditekankan adalah "safety". 

Sesebuah kenderaan dikatakan canggih jika mempunyai "safety" dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup tinggi dan mampu mengurangkan kecederaan yang dialami oleh penumpang jika berlaku kemalangan.



Sehebat mana pun kenderaan yang dimiliki, secanggih mana pun kereta yang anda ada, dan semewah mana pun kenderaan yang digunakan, ia sedikit pun tidak bermakna dan sedikit pun tiada nilaian di sisi Allah jika ia tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah, jika ia tidak digunakan untuk meningkat ketaqwaan kepada Allah, jika ia tidak digunakan untuk memperkukuhkan agama Allah, dan jika ia tidak digunakan untuk perjuangan menegakkan kalimah dan syari'at-Nya.

Apatahlagi jika ia digunakan untuk berbuat maksiat kepada Allah, apatahlagi jika ia digunakan untuk menghancurkan Islam, apatahlagi jika ia digunakan untuk menyekat dakwah Islam daripada tersebar luas di bumi Allah ini, malahan apatahlagi jika ia digunakan untuk menentang Islam sehebat-hebatnya, ia hanya mengundang murka Allah, dan mencampak diri ke lembah kecelakaan neraka dunia dan neraka akhirat. Na'uzubillah..

Gunalah kenderaanmu sebaik mungkin agar di akhirat kelak ia menjadi bukti di hadapan Allah Taala bahawa kamu membantu kerja dakwah bagi menegakkan kalimah dan syari'at-Nya di muka bumi ini.

Semoga ia membuahkan amal, insyaAllah.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment