Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Escort Ahli Parlimen HAMAS Palestin

Dec 10, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 3:54 AM

Kali ini aku dan seorang sahabat Unit Amal diberi tanggungjawab untuk meng"escort" dan mengiring seorang Ahli Parlimen HAMAS Palestin, Syeikh Dr. Salim A. Salamah dari negeri Kedah ke negeri Perlis Indra Kayangan.

Dr. Salem A. Salamah bersama Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri adalah 3 orang Ahli Parlimen HAMAS Palestin yang telah menjadi tetamu kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam lawatan mereka ke Kedah, kesempatan diambil oleh kepimpinan PAS negeri Perlis mengadakan beberapa program bersama dengan Syeikh Dr. Salim A. Salamah.



Pemandangan sekitar Kawasan Wisma Darul Aman, Kedah Sejahtera.


Setia menunggu. Kereta yang akan membawa Syeikh Dr. Salim.


Bersama. Ini adalah jentera escort. Kami sudah bersiap sedia untuk escort perjalanan beliau.


Sabar. Beruniform kemas Unit Amal berwarna merah, sahabat yang bersamaku untuk mengiriingi Syeikh Dr. Salim Salamah. Kelihatan Ust. Azmir yang akan menyambut beliau sebagai wakil dari Pimpinan Perlis.


Ketibaan tetamu, Ahli Parlimen HAMAS Palestin As-syeikh Dr. Salim Salamah diiringi Ust. Azmir, juru bahasanya dan pengiring dari kerajaan negeri Kedah.


Berhenti sebentar. Syeikh Dr. Salim berkesempatan merasa air kelapa ketika dalam perjalanan menuju ke Perlis.


Masyarakat bersama beliau dalam ceramah dan ucapan khas tentang isu Palestin.

Berikut adalah sedutan 2 minit video ucapan beliau di Surau Taman Jali, Kangar Perlis pada 9 Disember 2009. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan menyiarkan video ucapan penuh beliau.

Sesungguhnya cita-cita mereka adalah syahid. 
Bagi kami, tidak bererti kemerdekaan tanpa jihad.-Syeikh Dr. Salim A. Salamah




Ada beberapa isu dan perkara menarik yang dijelaskan oleh beliau. InsyaAllah, saya akan berkongsi beberapa isi penting dalam ucapan beliau pada posting yang akan datang..

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment