Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Pertemuan Tertutup Bersama Dr. Yusuf Qardhawi

Dec 24, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 2:36 AM



Pimpinan Tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan tertutup bersama Shahibul Fadhilatus Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari Ahad 20 Disember 2009.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Dalam pertemuan itu, beberapa pandangan dan amanat yang penting telah disampaikan oleh beliau. Saya kira ia juga amat penting untuk kita semua. Antaranya:

1. Perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha.

3. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yanag lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yang mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

4. Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yang menyebabkan lahirnya taklid.

5. Beliau menyelar golongan muqallidin dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tempat dalam syariat.

6. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yang diluar dari mazhabnya.

7. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya ia memilih yang lain dari mazhabnya.

9. Dalam soal hubungan dengan non-muslim, beliau berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non-muslim.

10. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non-muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yang membolehkan non-muslim memberi salam dan menjawab salam mereka.

11. Syeikh mengatakan tidak ada salahnya menjawab salam non-muslim yg mana kita mengharapkan dengan jawapan tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dengan Islam.


12. Berkaitan soal wahabi pula, beliau mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam.

13. Dalam banyak hal, banyak pandangan mereka yangg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam-macam tohmahan terhadap dirinya.

14. Beliau juga menyanjung tokoh-tokoh ulamak yang dilabel sebagai wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yangg sederhana.

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment