Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Program JARI 2009, Pertama Kali dianjurkan di Perlis

Dec 7, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 1:53 AM

1. Program Jalinan Remaja Islam (JARI) telah berjaya diadakan buat kali pertama pada sesi ini 2009, anjuran Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi.

2. Program yang berteraskan pembangunan sakhsiah remaja muslim ini diadakan bagi menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat khusus kepada golongan remaja dan belia di negeri Perlis seterusnya mendidik dan memupuk perasaan seronok untuk beramal dengan Islam dalam diri mereka.

3. Kami pihak urusetia serta fesi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam memberi ruang dan peluang untuk kami mendidik masyarakat.

4. Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan para peserta atas komitmen yang diberikan.

5. InsyaAllah program JARI ini akan diteruskan pada masa yang akan datang bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang teringin untuk menghantar anak mereka ke program ini.

6. Walaupun pertama kali, moga ia memberi kesan yang positif kepada adik-adik peserta insyaAllah.

Gambar sekitar program..


Banner JARI 2009


Kelihatan seronok, sebahagian peserta sedang sarapan dan berehat sebelum meneruskan slot ceramah yang ke-2.


Simpel, "backdrop" JARI 2009


Berdikari, para peserta membasuh talam selepas makan.


Khusyuk, adik-adik peserta memerhatikan gelagat penceramah.


Tumpuan penuh, sebahagian adik-adik peserta perempuan.


Penuh hikmah, ucapan penangguhan daripada wakil masjid Saidina Umar Al-Khattab.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment