Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Ucapan Ahli Parlimen HAMAS Gegarkan Perlis

Dec 15, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 5:20 PM



Kali ini suara Palestin telah sampai ke negeri Perlis. Bergegar dan bergema rintihan penduduk Islam Palestin yang dibawa oleh Syeikh Dr. Salem A. Salamah.

Kadang kala juga terasa sayu apabila beliau menyentuh tentang penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh saudara seIslam di sana.

Saya berkesempatan berada bersama dalam majlis Muhadharah beliau di Surau Taman Jali, Kangar Perlis. 

Sempat saya mencatat beberapa perkara dan mesej yang agak penting yang disampaikan oleh beliau mewakili penduduk Islam Palestin untuk tatapan seluruh umat Islam di Malaysia.



MESEJ PENTING BUAT RAKYAT MALAYSIA
Translator : YB Al-Fadhil Ust. Hashim Jasin
Oleh : Al-Fadhilatus Syeikh Dr. Salem A Salamah
Ahli Parlimen HAMAS Palestin
Mantan Rektor Universiti Islam di Ghozzah
Mantan Pengerusi Rabitah Ulama' Palestin

Berikut merupakan intipati dan isi-isi penting yang sempat di catat daripada keseluruhan ucapan beliau.

1. Zionis Israel laknatullah telah menghalang penduduk muslim Palestin yang berumur bawah 50 tahun daripada mendirikan solat di Masjidil Al-Aqsa.

2. Sudah mencecah 50 buah masjid yang telah diruntuhkan oleh mereka.

3. Pada pilihan raya lepas, HAMAS telah mendapat lebih 60% undian daripada penduduk Palestin.

4. Pada waktu sekarang, Palestin mengalami musim sejuk, semua kemudahan untuk rakyat Palestin dihalang daripada masuk ke bumi tersebut termasuk bahan makanan.

5. Perdana Menteri kami Ismail Haniyeh tetap tidak akan mengikhtiraf negara Israel.

6. Tentera Zionis Yahudi turut merampas kad-kad pengenalan penduduk Islam Palestin bertujuan untuk menafikan hak mereka sebagai warganegara Palestin.

7. Umat Islam akan hina jika tiada semangat Jihad, seperti mana berlaku di Jordan dan Mesir, sebahagiannya telah berjaya dikuasai oleh Yahudi Laknatullah.

8. Sekarang, kami (HAMAS) mendidik pemuda-pemuda dengan TARBIYAH dan MENGHAFAZ AL-QURAN.

9. Antara yang paling menakjubkan, ada di kalangan pemuda-pemuda yang menghafaz Al-Quran ini dapat menghafaz keseluruhan Al-Quran selama 2 bulan, ada yang 1 bulan, ada yang mengambil hanya 1 hari untuk menghafaz 40 halaman.



10. Kami akan menghidupkan jihad kerana jihad adalah kemuncak Islam.

11. Murabbitun berasal daripada perkataan Ribat yang bermakna penjaga sempadan daripada kemasukan musuh.

12. Harapan Dr. supaya umat Islam tidak lupa dengan bantuan, sokongan dan persediaan kerana 2 pahala akan dikurniakan oleh Allah iaitu pahala membantu murabbitun dan pahala jihad.

Soalan yang telah diajukan kepada Dr. Salem Salamah oleh para hadirin:

1. Adakah benar Palestin ingin mengisytiharkan kemerdekaan?
Dr. Salem :
Sebenarnya yang ingin mengisytiharkan kemerdekaan adalah Mahmoud Abbas. Sepertimana pada tahun 1988, pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Yaser Arafat di Algeria, tetapi ia ternyata sia-sia dan iklan kosong, mana mungkin ada kemerdekaan sedangkan Palestin masih dijajah oleh Yahudi Laknatullah. BAGI KAMI TIADA KEMERDEKAAN TANPA JIHAD.

2. Tidakkah pertembungan antara HAMAS dan FATAH hanya memberi kesan buruk dan merugikan rakyat Palestin?
Dr. Salem :
Hakikatnya memang ia memberikan kesan buruk kepada penduduk Palestin. Ada segelintir pemimpin FATAH yang ingin berkompromi dengan musuh rakyat iaitu Israel walhal mereka ini membunuh penduduk Palestin tanpa mengira sama ada HAMAS atau FATAH.

3. Bagaimanakah bantuan kepada HAMAS setakat ini dan bagaimanakah pertolongan yang telah Allah turunkan kepada Palestin?
Dr. Salem :
Umat Islam seluruh dunia tidak pernah bakhil memberi sumbangan kepada kami. Tetapi pada hakikatnya ada sumbangan yang disekat oleh kerajaan Mesir daripada masuk dan diterima oleh rakyat Palestin. Pernah satu ketika, seorang ahli Parlimen England mengumpul sumbangan tetapi akhirngan disekat di Mesir.

Barakah perjuangan Al-Qassam mampu menawan tentera Yahudi walaupun sedikit.
Ku masih teringat lagi kata-katanya, "BAGI KAMI TIADA KEMERDEKAAN TANPA JIHAD."-Syeikh Dr. Salem A. Salamah

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment