Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Islam Tidak Menang Dengan Sumbangan

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 6, 2009 , under , | comments (0)



Betul kata satu pepatah yang menyebut "Islam tidak menang dengan sumbangan tetapi Islam menang kerana Pengorbanan". Saya selalu mengingatkan pada diri dengan pepatah ini dan amat sedar akan kebenarannya. Seharusnya ia dihadam oleh masyarakat Islam antarabangsa terutamannya apabila melihat isu Palestin. Tapi malangnya, ia tidak berlaku sedemikian.

Kedengaran sana-sini menyatakan sokongan untuk menghulurkan bantuan, terlihat sana-sini mengumpulkan dana untuk mereka, dengan jumlah RM 1, RM 2 atau mungkin RM100 atau RM 1000 atau mungkin berjuta-juta atau mungkin lebih daripada itu. Jika anda sedar, nescaya anda akan dapati bukan nilai dan sumbangan itu yang berharga buat mereka. Jika anda masih mengatakan warga Palestin memerlukan sumbangan, sebenarnya anda masih tidak mengerti dan tidak faham-faham.

Bagaimana Hamas yang tidak seberapa ramai boleh membunuh tentera Yahudi yang besar bilangannya daripada mereka? Bagaimana Hizbullah dengan hanya sebilangan kecil dapat menggempur dan menggerunkan Zionis laknatullah? Bagaimana Iran berani menyalurkan bantuan secara terang-terangan kepada Palestin walhal mendapat kecaman keras daripada Amerika? Bagaimana dan bagaimana?

Ini semua adalah kerana Taqwa, perasaan takut kepada Allah mengatasi segala-galanya. Daripada perasaan takut inilah lahirnya semngat untuk berkorban. Apabila meletakkan Allah dipuncak ketakutan, maka tiada ketakutan lahir kepada manusia apatah lagi makhluk Allah yang lain. Apabila tiada perasaan gentar terhadap makhluk, maka akan lahirlah kesanggupan untuk meletakkan jiwa raga dan segala harta benda sebagai "pampasan" dalam menegakkan dan memenangkan agama Allah. Tidak ada lagi isu nilai wang yang disumbangkan, sumbangan RM1 dengan penuh Taqwa adalah lebih bermakna dan bernilai.

Pengorbanan dan Ketakutan

Tiada pengorbanan tanpa keberanian. Tiada keberanian dengan ketakutan. Jika masih ada perasaan takut, masakan boleh timbul perasaan berani di dada dan sanubari. Dalam sebuah Hadith Sahih ada menyebut berkaitan keberanian:
“Katakanlah oleh mu akan suatu kebenaran walaupun ia pahit”, Hadith Sahih.
Hadith ini menunjukkan betapa mustahaknya keberanian dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Sebaliknya, ketakutan akan memusnahkan kebenaran dan kebatilan mula mengambil alih. Seharusnya diketahui, ketakutan yang dimaksudkan adalah ketakutan kepada insan dan alam ciptaan-Nya. Ketakutan kepada makhluk membuatkan kita menjauhkan diri daripada mendekatinya, walhal sebaliknya berlaku apabila kita mentakuti Allah atau disebut ber"taqwa". Seorang hamba yang bertaqwa kepada Allah akan sentiasa bertaqarrub(mendekatkan diri) kepada-Nya bukan menjauhkan diri daripadaNya.

Apabila kita sebut tentang berkorban, kita tidah boleh lari, mesti ada sesuatu yang terkorban, jiwa raga, harta benda, wang ringgit serta barang-barang keperluan menjadi "taruhan" dalam meletakkan Islam ditempat yang tertinggi. Islam itu sememangnya mengatasi semua agama, ideologi mahupan cara dan gaya hidup. Sebagaimana disebut dalam sebuah hadith:
"Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya"-Hadith.
Pengorbanan ini telah disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Surah As-Saff ayat 11 yang bermaksud:

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Apa Erti Pengorbanan

Seringkali dibicarakan tentang pengorbanan, tapi adakah kita tahu apakah takrifan pengorbanan dalam erti kata sebenar? Saya ingin bawakan satu analogi mudah untuk kita faham apakah sebenarnya yang disebut sebagai pengorbanan. Jika dalam suatu ketika, kita diberikan wang sebanyak RM2000 untuk menampung kehidupan kita. Wang itu juga digunakan untuk menyediakan segala keperluan hidup termasuk makan minum, baju seluar, rumah dan sebagainya. Maka yang dikatakan pengorbanan adalah menginfaqkan seluruh wang yang diperolehi malah mungkin lebih daripada jumlah tersebut untuk Islam. Itulah definisi pengorbanan yang sebenar, kerana di situ ada sesuatu yang terkorban, makan minum, tempat tinggal dan segala keperluan tidak dapat dilunaskan seperti sedia kala. Untuk pemahaman yang lebih tepat lagi, tiada istilah pengorbanan selagi apa yang terkorban itu bukanlah
Keperluan. Apabila "aset" yang begitu mustahak yang merupakan Keperluan diserahkan seluruhnya, maka sempurnalah ia sebagai satu pengorbanan. Mahu tidak mahu, hakikat sebenar pengorbanan beginilah ia. Persoalannya adakah mampu kita untuk sampai ke tahap itu?

Allah S.W.T mempunyai sifat pemurah dan penyayang kepada hambaNya, tidak sedikitpun ia memberati kita, kerana Dia tahu bahawa umat Muhammad ini sebenarnya mampu berbuat demikian(berkorban). Namun, hamba-hamba yang terpilih sahaja akan diberikan keberanian dan kekuatan itu untuk meninggikan syiar Islam, tidak kesemuanya. Ini kerana kebanyakan mereka telah terjerat dan tertipu dengan wabak "hubbudunnia" menyebabkan mereka dihurungi dengan perasaan takut. Takut untuk mengeluarkan harta, takut untuk mengeluarkan wang ringgit, hatta takut untuk keluar berhimpun menyatakan sokongan. Itu belum lagi diperintah untuk berjuang dengan jiwa raga. Maka beruntunglah orang-orang yang dipilih oleh Allah.

Allah telah memerintahkan kita untuk turut serta membantu saudara kita di mana jua kita berada, memberi sokongan dan dorongan hatta memberi semangat perangsang serta motivasi kepada mereka khususnya muttakhirin ini di Palestin. Hal ini disebut dalam Surah An-Nisa' ayat 84. Rangsangan semangat dan dorongan motivasi boleh ditunjukkan dengan berdoa dan berhimpun bagi menyatakan pendirian dan kehendak kita kepada musuh. Kesan daripada himpunan ini, umat Islam akan dapat merungkai kembali perselisihan faham dan menunjukkan perpaduan antara mereka. Yang paling utama dan mustahak, satu keputusan bersama untuk mengambil tindakan secara menyeluruh terhadap pihak musuh dapat dilakukan. Itu yang paling penting!!

Inilah kekuatan kita, jika masyarakat seluruh dunia mampu keluar mengadakan himpunan secara aman, kenapa tidak kita umat Islam? Adakah himpunan ini haram di sisi agama dan akan mengundang murka Allah jika ia bertujuan untuk menyatakan pendirian dan sokongan serta rangsangan semangat kepada saudara-saudara kita hatta membantah tindakan musuh?Jika anda mengatakan ia haram, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda, balik dan bermuhasabahlah, bacalah sirah nabawi kerana himpunan sebegini ada diceritakan dalam sirah, cuma kita sahaja yang tidak mahu mengerti-ngerti tentangnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya. (An-Nisa' :84)


Bantahan dan Himpunan Seluruh Dunia...



Bantahan besar-besaran di Bumi Malaysia terhadap tindakan
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak Israel meneruskan rancangan untuk menyerang Palestin.



Perhimpunan aman selama setengah jam diadakan di perkarangan masjid anjuran Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan pimpinan ketuanya Salahuddin Ayub.




Laungan takbir oleh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah meggegarkan perkarangan Masjid Sultan Ismail yang dihadiri kira-kira 800 orang untuk menyatakan bantahan.



Beratus-ratus orang rakyat Afghanistan Selatan membakar bendera Israel sambil melaungkan "Anti-Israel" dan "Anti-Amerika" untuk menunjukkan protes tindakan militan Israel.



"I Love Gaza" terukir di blok batu-bata di New York, US.



Rakyat Turkey berhimpun di Istanbul untuk menunjukkan protes mereka kepada Israel dan Amerika Syarikat atas serangan besar-besaran yang dilakukan kepada rakyat Palestin.



Walaupun berlainan agama dan bangsa, mereka tetap memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin dan menentang tindakan kejam Zionis Yahudi. -Montreal, Canada.



Pelbagai cara bantahan, kali ini bantahan yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan di dinding-dinding batu di Belfast, Ireland Utara.



Di Mexico City, kelihatan seorang nenek tua mengibarkan bendera Palestin serta bendera negaranya sendiri.



Masyarakat barat turut sensitif. Himpunan aman diadakan di London, England dengan membawa slogan "Tindakan yang tidak adil".



Kanak-kanak di Caracas, Venezuela turut serta dalam perarakan bersama bapa mereka untuk membantah kekejaman tindakan Israel. Sensitifnya mereka, bagaimana pula kanak-kanak dan ibu bapa di Malaysia ?



"Sisihkan Israel, bebaskan Palestin" merupakan slogan Kumpulan Bersatu Palestin di Cape Town , Afrika Selatan.



Beginilah himpunan aman di Amman, Jordan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada warga Palestin.



Sepanduk "Berhenti daripada mengepung Gaza" di arak oleh penduduk Chicago, US.



Demonstrasi oleh ribuan penduduk Helsinki , Finland.



Ribuan penduduk Kanada mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan menentang keganasan Israel terhadap Palestin di Montreal.



Para mujahidin dan mujahidah Palestin bersiap-siaga untuk menghadapi serangan Zionis Yahudi Laknatullah. Adakah anda sudah bersedia?