Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Tahun Baru, Tetapi Dunia Semakin Uzur

Jan 2, 2010 , Posted by hamba_tarbiyah at 11:07 PM



1. Dalam keghairahan menyambut Tahun Baru, kita terlupa bahawa Tahun Baru yang disambut sebenarnya menambahkan lagi keuzuran dunia.

2. Walaupun tahunnya baru, tetapi dunia semakin menghampiri titik akhir kehidupannya.

3. Tahun ini, masing-masing tidak terlepas mengungkapkan azam baru, dengan pelbagai azam.

4. Ada yang berazam untuk meningkatkan prestasi diri, ada yang berazam untuk melakukan yang lebih baik dalam akademik serta tugas di pejabat dan tidak kurang ada yang berazam untuk terus berusaha bagi merealisasikan matlamat-matlamat mereka yang lepas yang mana belum terlaksana.


5. Sebagai seorang muslim, kita tidak terlepas dengan dosa dan pahala dalam kehidupan dunia.

6. Teringat akan ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap soalan wartawan berkaitan sesuatu isu membabitkan urusan negara, beliau seringkali mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia tidak boleh lari daripada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

7. Dalam sesuatu tindakan ada dosa dan pahalanya, dalam urusan negara ada dosa pahalanya, dalam urusan politik juga ada dosa dan pahalanya serta ada syurga dan nerakanya.

8. Termasuk dalam urusan sambutan tahun baru ini, ia juga merupakan urusan dunia.

9. Alangkah malangnya jika urusan dunia dicampuri dengan ma'siat kepada Allah, amat malang dan sedih sekali apabila ia digauli dengan dosa serta perkara yang diharam oleh syara'.


10. Seharusnya seorang muslim meletakkan azam dan matlamat baru untuk berubah ke arah yang lebih baik. Baik yang dinilai oleh Allah adalah baik berteraskan keimanan dah ketaqwaan kepada Allah.

11. Mulakan langkah pertama untuk berubah, walaupun sedikit tetapi ia perlu dimulakan, mana mungkin hanya mengungkapkan sekadar di bibir tetapi tidak pernah memulakan langkah untuk berubah.

12. Mana mungkin kita boleh berubah, jika tiada usaha untuk memulakan langkah pertamanya.

13. Perubahan ke arah taat kepada Allah, taat kepada Allah dalam cara berpakaian, taat kepada Allah dalam pergaulan, taat kepada Allah dalam percakapan, taat kepada Allah dalam tingkah laku, taat kepada Allah dalam urusan ekonomi, sosial, pendidikan mahupun urusan politik atau pun urusan pemerintahan negara.

14. Janganlah tahun Baru ini disibukkan diri dengan sambutannya, jika sambutan yang mengajak serta menyeru manusia kepada Allah Alhamdulillah. Tetapi jika sambutan yang megajak manusia untuk lalai daripada Allah apatah lagi mengundang kemurkaan Allah, jauhkanlah.


15. Sibukkanlah diri untuk mengisi tahun baru dengan perkara-perkara dicintai oleh Allah.

16. Rasulullah pernah bersabda:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi )

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment