Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Politik Bukan Matlamat..(Bhg.3)

Apr 27, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 2:22 PM

Utamakan Tarbiyah Lebih Daripada Politik

Salam Islah,

1. Dalam dunia politik, majoriti dan sokongan menjadi teras utama kepada politikus-politikus untuk mereka bergantung harap kerana ia menjadi pengadil untuk menentukan sama ada mereka menerima kekalahan atau kemenangan, menjadi kerajaan atau pembangkang.

2. Inilah asas percaturan politik di Malaysia malahan di mana-mana negara komanwel sekali pun kerana ia bersandarkan kepada sistem dan amalan demokrasi.

3. Politikus yang berpaksikan demokrasi semata-mata akan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada "kuasa" rakyat yang mampu memberikan majoriti dan sokongan terbanyak kepada mereka.

4. Ini dapat dilihat apabila kecenderungan segelintir mereka hanya tertumpu ke arah menggembeling usaha dan kudrat yang mereka ada semata-mata untuk mencapai kemenangan.

5. Ia sedikit pun tidak mempedulikan "kuasa" besar yang datangnya dari atas "langit" sana.

6. Berbeza dengan politikus-politikus yang yang bukan semata-mata politikus, yang jelas matlamat Islam yang diperjuangkan, dan "clear" hadaf perjuangan yang dibawa, mereka sentiasa berpegang teguh dan konsisten dengan dasar-dasar Islam yang dijadikan sebagai panduan dan "guider" yang cukup relevan dan berkesan walaupun menggunakan jalan demokrasi dan politik.

7. Politikus seperti inilah yang menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara.

8. Politikus seperti inilah yang menjadikan proses tarbiyah dan membangun jiwa sebagai elemen yang amat penting dalam merencanakan gerak kerja politik mereka.

9. Maka mereka akan sentiasa dipandu oleh wahyu dan mendapat naungan serta redha Allah walaupun dimaki, dicaci dan dihentam oleh segerombolan manusia.

10. Biar ditolak rakyat, biar dihina rakyat, biar tidak mendapat redha rakyat, asalkan diterima Allah, asalkan dimuliakan Allah dan asalkan mendapat Redha Allah.

11. Maka utamakanlah tarbiyah daripada politik. Biar tarbiyah memandu politik dan diri manusia, bukan politik yang memandu tarbiyah dan manusia sekaliannya.

12. Menjadi seorang politikus atau tidak bukan menjadi hal, tetapi yang menjadi halnya adalah sama ada mereka menjalani tarbiyah atau tidak

13. Justeru itu, perlunya politikus dan orang umum yang mengaku muslim menjalani proses tarbiyah agar tampak roh Islam dalam gerak kerja Islam mahupun kerja politik mereka.

Bersambung...

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment