Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Politik Bukan Matlamat..(Bhg.Akhir)

May 9, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 9:11 AM

Salam Islah,

Tarbiyah Dan Kualiti Menjadi Ukuran

1. Politik adalah sebahagian daripada Islam, dan tidak wajar sama sekali mengenepikan politik dalam kehidupan seharian sedangkan politik ada di mana-mana dan ada dalam semua urusan, dalam urusan rumah tangga ada politiknya, dalam urusan perniagaan pun ada politiknya sehinggakan dalam urusan pimpinan negara juga ada politiknya. Politik itu luas.

2. Tetapi apa gunanya jika sarat berbicara politik, asyik berfikir politik dan sibuk bekerja politik, tetapi proses tarbiyah dan didikan jiwa langsung tidak dipedulikan. Ia amat malang.

3. Inilah yang menyebabkan sesetengah daripada kita tidak bersedia dan tidak mampu untuk menterjemahkan dasar-dasar Islam dalam tindakannya dan tidak berjaya mengisi kemenangan dengan dasar-dasar Islam atas sebab tidak cukup atau langsung tidak menjalani proses tarbiyah.

4. Kita terlalu memandang ringan terhadap proses tarbiyah, pembentukan dan memandang enteng bahawa perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Ini menyebabkan jiwa tiada "makanan" dan hati menjadi mati.

5. Politik nafsu mula menguasai diri, roh Islam mula pudar dan proses gerak kerja untuk memenangkan Islam akan terencat.

6. Lantas ada di kalangan kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik sekular semata-mata.

7. Maka, apabila terpengaruh dengan cara dan pembawakan sekular, kuantiti anggota akan menjadi ukuran dan dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiyah yang mantap kualitinya.

8. Lantaran kata Seorang Mujahid ulung:

"Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islam yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya."

"Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiyah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain."

-As-Sheikh al Mujahid Musthofa Masyhur (mantan Murshid 'Am Ikhwan al Muslimin)

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment