Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Perompak Lebih Bijak Daripada Kem. Pertahanan

Dec 23, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 6:35 AM



Enjin jet pejuang F5E milik TUDM yang bernilai RM50 juta dilaporkan hilang. Nampaknya perompak lebih bijak daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Ia hilang pada tahun 2007 di Gudang Matra 1, Kem Udara Sungai Besi, KL. Rompakan ini boleh dikategorikan sebagai rompakan yang berporfil tinggi kerana mana mungkin enjin sebesar itu hilang tanpa sebarang kesan, tambahan pula ia berada di dalam kem.

Adakah ia mungkin satu rompakan biasa? Atau mungkin telah dirancang? Bukan niat untuk menuduh, hanya persepsi awal, yang mungkin benar atau mungkin juga salah. Yang paling menakjubkan, baru hari ini ia didedahkan kepada umum. Mengapa?

Beberapa persoalan penting yang perlu dijelaskan oleh pihak Kementerian Pertahanan:

1. Mengapa baru sekarang isu kehilangan ini didedahkan kepada umum? Tidakkah pihak kementerian berfikir bahawa ia akan menimbulkan kecurigaan rakyat, sehinggakan berada dalam keadaan benar-benar terdesak memaksa pihak kementerian mendedahkan isu ini?

2. Bagaimana mungkin enjin pesawat sebesar itu boleh hilang? Tambahan ia berada dalam kem, sebagaimana semua sedia maklum bahawa ia dikawal rapi. Adakah ia rompakan biasa? Atau mungkin telah dirancang?

3. Jika benar ia dirompak, mengapa sehingga sekarang tiada siasatan dan pendakwaan dibuat? Melainkan mungkin pihak kementerian tidak berminat dengan kes ini atau ia sengaja ditutup bagi menjaga periuk nasi sekerat daripada mereka.

4. Khabarnya seorang Brigadier General dan lebih 40 orang kakitangan ATM telah dipecat pada tahun lepas akibat kes ini. Mengapa sekadar dipecat? Adakah cukup sekadar itu, tanpa ada siasatan rapi dibuat? Nilainya bukan RM50 atau RM500 atau RM50 ribu, tetapi RM50 juta.

5. Apa pula terjadi dengan jet tersebut? Benarkah ia telah dijual ke sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Afrika Selatan? Kalau ia benar-benar dijual, berapa harga jualannya?

6. Paling mengejutkan ada khabar angin yang bertiup kencang mengatakan kononnya lebih dari satu enjin yang sebenarnya telah lesap. Adakah benar?

7. SPRM! Apa lagi terjegat di situ, pergilah siasat. Jangan pula kerana orang yang perlu disiasat itu adalah tuan anda sendiri, maka anda terhegeh-hegeh! dan segan silu untuk menjalankan siasatan ke atas mereka. Rakyat yang bayar gaji anda, bukan tuan-tuan anda.

8. Kredibiliti pihak Kementerian Pertahanan terjejas teruk hasil daripada kejadian ini, bukan semata-mata rompakan itu, tetapi kerana sengaja merahsiakan isu ini daripada pengetahuan umum dan banyak persoalan yang mencurigakan perlu diberi penjelasan.

9. Kekuatan dan kemampuan Kementerian Pertahanan Malaysia kini dipertikaikan. Ia pasti berlaku dan sewajarnya berlaku.

Currently have 1 comments:

  1. arsyad says:

    memang bertahan lebih sulit daripada merebut

Leave a Reply

Post a Comment