Terkenang Pesanan Murabbi Kepada Kami (Bhg.2)
Dec 10, 2009
, Posted by hamba_tarbiyah at 2:54 AM
ADUN Sanglang YB Al-Fadhil Ust. Hashim Jasin bersama Al-Fadhil Ust. Yussaine Yahya.
Ku masih ingat kata-katanya berkaitan dengan ketulenan jamaah yang perlu dipelihara, yang menjadi asas penting dalam perjuangan ini adalah aqidah perjuangan dan adab serta akhlak dalam jamaah.
Sambung beliau dalam taujihad usrah Islah...
Keduanya, ketahuilah bahawa betapa tingginya kedudukan adab dan akhlak dalam Islam. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengarahkan setiap umat beriman supaya menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan tauladan dalam setiap inci kehidupan mereka. Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” surah al Ahzab : 21
Ayat Al Quran di atas menyebutkan syarat menjadi manusia yang mengharapkan redha Allah, yang beriman dengan hari akhirat dan yang senantiasa mengingati Allah di saat senang atau susah ialah dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan tauladan dan setiap gerak geri, tindakan, perbuatan, keputusan dan percakapan.
Allah SWT juga memuji Rasulullah di dalam Al Quran pada ayat dalam surah Al Qalam bahawa Rasulullah SAW adalah pemilik akhlak dan adab yang agung. Demikian tempiasnya pujian Allah SWT kepada pemilik akhlak mulia dan yang mengikuti akhlak agung Rasulullah SAW.
Di dalam hadith yang masyhur, Rasulullah telah menyatakan bahawa Baginda diutuskan sebagai ‘penyempurna’ kepada kemuliaan akhlak. Umum mengetahui dan sejarah juga mencatatkan bahawa Quraish sangat terkenal sebagai ashraful ‘arab (arab yang paling mulia).
Mereka terkenal dengan kemuliaan, kemurahan , amat menjaga maruah dan pelbagai sifat baik yang lain. Namun, Rasulullah SAW telah diutuskan kepada di kalangan mereka dan kepada manusia sekaliannya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak mereka. Ini adalah kerana kemuliaan akhlak dan adab yang tidak diasaskan kepada keimanan dan tauhid langsung tiada nilaian di sisi Allah SWT.
Sebagaimana kita yang tidak pernah kacau orang, tak pernah umpat orang, tidak pernah tipu orang tetapi tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa atau tidak menutup aurat, maka segala kebaikan yang lain menjadi hancur binasa tiada nilai di sisi Allah. Ini adalah kerana asas setiap sesuatu adalah iman. Hidup kita mesti bermula dengan iman dan berakhir dengan iman. Mesti ikut tuhan, jangan ikut perasaan.
Bertuahnya kita menjadi pendokong perjuangan Islam. Allah mudahkan kita duduk di bawah kepimpinan ulama’ mukhlisin yang senantiasa tanpa jemu mengajak kita kepada Allah, menyeru kita supaya senantiasa mentaati perintah Allah dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Menuduh Ulama' ingin mengheret Jamaah untuk bersama dengan Toghut adalah tuduhan munafiq dalam perjuangan.
Bagaimana pula dengan mereka yang cuba membelakangi ulama’? Kemudian berlagak pandai melebihi ulama’. Meragui kemampuan dan kewibawaan ulama’. Menuduh pula ulama’ bersembunyi di sebalik serban dan jubah untuk mengeluarkan fatwa keliru dan sesat untuk mengkhianati perjuangan.
Lebih dahsyat lagi ada yang cuba membayangkan melalui tulisan dalam blognya bahawa ulama’ lah yang terhegeh-hegeh mahu mengheret jamaah Islam ini kepada kebinasaan dan kesesatan lalu menjadi pengkhianat kepada perjuangan…
Artikel asal : Usrah Tarbawi Darul Islah - 6/10/2008
bersambung...
Assalamualaikum... Pandangan ustaz ada kebenarannya. Cuma jangan lupa untuk menjenguk blog Ustaz Ahmad Awang (mantan PJ PAS Perak dan Ketua Persatuan Ulama Malaysia-PUM). Kita tidak meragui badan atau pertubuhan ulama yang ada, kita cuma meragui sebahagian ulama yang dilihat tersasar dari perjuangan dgn cuba bersekongkol dengan UMNO/BN. Ini bukan soal bayangan atau tanpa ada bukti, ini saya ambil dari blog Ustaz Ahmad Awang. Kalau ustaz tidak percaya, boleh tanya Ustaz Ahmad Awang sendiri. Wallahu a'lam.