Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Dinanti-nantikan, Kuliah Fiqh Daulah Telah Bermula

Dec 27, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 4:20 AM



Kuliah Fiqh Daulah telah pun bermula semalam 26 Disember 2009. Seperti biasa kuliah maghrib bulanan ini dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din bertempat di Balai Islam Madi, Jejawi, Perlis.

Sebelum ini Dr. Haron Din telah membawa kita kepada perbahasan yang berkisar tentang Comparison of Religion (Perbandingan Agama). Perbahasan ini telah pun tamat pada sesi kuliah yang lepas.

Maka sesi kuliah pada kali ini beliau telah mula menggunakan kitab baru yang dirasakan sesuai untuk dibaca dan disyarahkan atas keperluan semasa msyarakat pada hari ini berkaitan ilmu Fiqh Daulah atau Fiqh Kenegaraan.

Kitab Fiqh Daulah ini tidak banyak digunakan dalam sesi-sesi kuliah di Malaysia kecuali di Terengganu, Kelantan, Johor atau mungkin beberapa negeri yang lain. Ia mungkin baru diperingkat permulaan.

Sememangnya kita dapati agak sukar untuk mendapatkan siri-siri kuliah perbahasan tentang kitab ini kerana tidak ramai menggunakannya dalam kuliah dan mungkin juga atas sebab tidak ramai yang mempunyai kebolehan untuk memahami seterusnya menyampaikannya dalam kuliah-kuliah.

Justeru amat sukar untuk dicari siri perbahasannya dalam kuliah-kuliah dan melihat kepada keperluan serta permintaan masyarakat, maka saya insyaAllah akan cuba untuk upload video-video mengikut siri-sirinya pada masa akan datang.

Untuk siri pertama pada 26 Disember 2009 akan saya uploadkan secepat mungkin, itu pun jika tiada halangan, moga-moga Allah permudahkan.

InsyaAllah setiap siri video ini akan saya arkibkan di blog video amalbahtera iaitu http://amaltube.blogspot.com

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti atau mendownloadnya, sila dapatkan di blog amaltube.

Semoga ia memberi nafas baru kepada kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, InsyaAllah.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment