Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Nissan Perkenalkan Sistem Navigasi Mampu Milik

Dec 7, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 11:18 PM



Kini di luar negara sudah mula banyak digunakan sistem navigasi digital pada kenderaan. Ia cukup memberi fungsi yang besar kepada pengguna khususnya sebagai petunjuk arah.

Sayangnya ia ditawarkan dengan harga yang agak mahal dan tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar pengguna. Tapi kini Nissan cuba menyediakan pilihan yang mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna.

Dalam keadaan tanggapan pengguna yang merasakan GPS mahal harganya, maka syarikat Nissan kini mengembangkan sistem navigasi GPS dengan harga yang cukup berbaloi dan mampu dimiliki, setidak-tidaknya ia jauh lebih murah berbanding sistem navigasi yang sedia ada di pasaran pada waktu ini.

Projek ini dimulakan oleh Bosch dan Nissan yang mana menawarkan kepada anda sistem navigasi dengan layar sentuh berukuran 5 inchi, didukungi dengan Bluetooth untuk membolehkan ia dihubungkan ke telefon bimbit, USB slot untuk media player, integrasi iPod, XM Satellite dan NavTraffic.

Nantikan kemunculannya pada awal tahun 2010.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment