Terkenang Pesanan Murabbi Kepada Kami (Bhg.1)
Dec 8, 2009
, Posted by hamba_tarbiyah at 12:34 AM
Sabar menunggu, aku dan sahabat-sahabat amilin bersama (dari kiri) Ust. Yus serta Pak Lang Hairi dalam majlis belah mulut cucu beliau.
Kembali terlintas difikiranku akan pesanan dan amanat agung Al-Fadhil Ust. Yussaine Yahya dalam Usrah Islah kepada kami, pemuda-pemuda yang menjadi amilin dakwah dan tarbiyah.
Bermula ucapan yang penuh ruh dan hikmah daripadanya....
BismilLah, wal hamdulilLah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina RasulilLah, wa ba’du:
Salam ISLAH,
Sebagaimana biasa, setiap Isnin saya memimpin Usrah Tarbawi Darul Islah. Saban minggu, inilah kebiasaan saya dan sahabat-sahabat Darul Islah terkecuali keadaan dan tuntutan yang sangat mendesak dan perlu diberikan keutamaan.
Saya sangat mengambil berat soal pentarbiyahan kerana penyelewengan yang berlaku dalam perjuangan Islam masakini ialah kerana meletakkan siyasah di hadapan tarbiyyah. Lebih kronik di saat ini adalah bilamana kepentingan siyasah diletakkan di hadapan kepentingan tuntutan aqidah.
Pertamanya, saya katakan kepada anak-anak buah di hadapan saya bahawa kerja buat politik yang tujuannya bukan untuk mendaulatkan Islam adalah sia-sia dan jauh dari keredhaan Allah SWT.
Matlamat, objektif, pengorbanan , masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan dalam menjayakan cita-cita politik tidak akan mendapat nilaian pahala di sisi Allah jika sekiranya tidak bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah SWT.
Abu Musa al Asy’ari menceritakan bahawa ; seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW:
“Orang yang berjihad kerana harta rampasan perang, orang yang berjihad kerana kerana mahukan kemasyhuran dan orang yang berjihad kerana riya’, maka siapakan yang dikira berperang pada jalan Allah SWT?”. Sabda Rasulullah SAW : “ Barangsiapa yang berjihad supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah SWT”.– hadith muttafaqun ‘alaih.
Demikianlah penegasan Rasulullah SAW dalam memberikan panduan dan pedoman agar mereka yang sedang melagang perjuangan tidak akan tergelincir dari jalan yang lurus yang diredhai Allah. Menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam terpelihara dan terjulang kemuliaanya dengan setiap kerja buat politik yang kita lakukan.
Artikel asal : Usrah Tarbawi Darul Islah - 6/10/2008
Bersambung...
Currently have 0 comments: