Berkasih Bersama Kekasih

Demokrasi Mula Berdemonstrasi

Mesej Jelas Daripada Rakyat Mesir

Turun Dijalanan Untuk Negara

Pertolongan Daripada Allah

Kuasa Rakyat Jelata

Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Jangan Kerana Undi, Biar Kerana Dakwah

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 17, 2010 , under , , , | comments (1)





1. Jangan semata-mata kerana undi, kita terlalu mengambil mudah dalam isu(kalimah Allah) ini, dan jangan kerana sokongan mereka kita mudah untuk bertolak ansur dengan strategi licik musuh-musuh.

2. Biarlah ia kerana dakwah, dakwah dalam bentuk yang mudah untuk mereka(penganut kristian) fahami dan menerimanya.

3. Pendirian saya jelas dan tiada kompromi, tidak wajar untuk dibuka ruang seluas-luasnya bagi penggunaan kalimah Allah ini kepada penganut agama lain khususnya mereka yang berada di Malaysia yang sememang tidak faham secara jelas tentang maksud Allah ini.

4. Pertama, kita perlu sedar bahawa perbincangan dan perbahasan berkaitan dengan Allah ini adalah perbincangan dan perbahasan yang paling suci dan mulia dalam agama Islam kerana ia adalah perbincangan berkenaan dengan Tauhid dan Aqidah.

5. Awwaluddin Ma'rifatullah; awal agama adalah mengenal Allah. Mana mungkin penggunaan nama Allah ini boleh dibiarkan untuk digunakan sesuka hati kepada manusia-manusia yang tidak mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya(Sifat-sifat 20).

6. Sepatutnya tidak timbul persoalan dan perbandingan yang dibuat dengan penggunaan nama Allah ini di negara arab terutamanya di Mesir oleh penganut bukan Islam walaupun ia tidak menimbulkan kekeliruan. Perbandingan yang dibuat tersangatlah tidak releven. Kita bukan semata-mata dibatasi oleh sempadan malahan berbeda adat, budaya, yang paling penting bahasa.

7. Tidak ramai umat manusia di Malaysia hatta muslim sendiri faham tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Tauhid khususi dalam bab-bab Rububiyyah dan Uluhiyyah juga mungkin tidak sedikit umat Islam di negara ini mengenali Sifat-sifat 20(Sifat-sifat Wajib dan Mustahil bagi Allah).

8. Sepatutnya juga tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa kalimah Allah ini tidak dieksklusifkan penggunaannya hanya untuk umat Islam. Allah sememangnya Tuhan kepada seluruh manusia yang muslim mahupun kufur, tetapi penggunaan kalimah Allah (Yang Maha Esa) itu adalah hak mutlak bagi umat Islam.

9. Juga seharusnya tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa agama kristian yang dianuti di tengah-tengah masyarakat Malaysia hatta di negara lain sekali pun adalah agama samawi. Ini adalah kenyataan yang tidak benar sama sekali kerana agama Kristian dan Yahudi yang ada pada hari ini sudah mengalami revolusi dan kitab-kitab mereka telah ditokok tambah. Mereka memang sudah jauh sekali berbeza dengan agama Nasrani(Kristian) dan Yahudi yang turun pada asalnya kepada Nabi Isa dan Nabi Musa 'Alaihimussalatuwassalam.

10. Melihat kepada suasana di Malaysia, kebanyakan masyarakat di sini tidak begitu kuat berpegang kepada agama hatta agama kristian sendiri. Ramai di kalangan penganut Kristian sendiri tidak memahami agama yang mereka anuti.

11. Maka pendekatan dakwah yang menimbulkan keraguaan ke atas anutan mereka amatlah wajar untuk digunakan sebaik mungkin. Sebab itu jika gerakan Islam di Malaysia mampu mengekploitasi isu ini, maka satu kesedaran besar-besaran dapat dijana untuk membuka hati-hati penganut kristian ini kepada Islam.

12. Sebagaimana pendirian yang saya sebutkan tadi, memang tiada kompromi dan jelas bahawa kalimah Allah ini tidak boleh dibenarkan untuk penganut lain menggunakannya di Malaysia.

13. Tetapi kita juga perlu jelas, dalam bab Rububiyyah, agama kristian mengakui bahawa ada Tuhan yang menciptakan alam ini, yang memusnahkannya, yang mentadbir, yang memelihara, yang mengatur kehidupan alam dan manusia serta yang menguruskannya.

14. Walaubagaimanapun berbeza dalam bab Uluhiyyah, mereka tidak menyembah Allah, mereka menyekutukan Allah, mereka menyembah patung-patung serta menyembah Nabi Isa yang diangkat mereka sebagai anak Tuhan walaupun mereka akui ada Tuhan yang mencipta, mentadbir dan sebagainya. Ini adalah syirik dan jauh daripada konsep Uluhiyyah yang diajar dalam Islam.

15. Sebab itu dalam bab Uluhiyyah ini, kita timbulkan persoalan kepada penganut kristian, Allah yang mana kamu maksudkan? Jika kamu mengatakan ada Tuhan yang mencipta, memelihara dan sebagainya, tetapi mengapa tidak Tuhan itu yang kamu sembah?

16. Allah yang mana kamu maksudkan? Adakah Allah Yang Maha Esa? Atau Allah yang kamu sembah dengan menggunakan berhala-berhala kamu serta manusia-manusia yang kamu angkat sebagai anak Tuhan. Allah yang mana sebenarnya kamu maksudkan?

17. Persoalan ini akan menimbulkan keraguan di hati-hati mereka jika kena pada masa, tempat dan waq'ienya serta kehendak Allah.

18. Sebab itu dalam isu ini penting untuk kita menarik mereka serapat mungkin kepada kita, sehingga mereka faham, bukan menjauhkan lagi jurang serta ketegangan antara kita dan mereka. Tetapi jika tidak juga mereka faham, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Memberi Hidayah.

19. Sekurang-kurangnya ruang perlu dibuka bukan untuk membahaskan berkaitan hak mereka menuntut kalimah Allah ini, tetapi membuka ruang wacana berkenaan dengan perbahasan siapakah Allah yang sebenar sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran, Kitab Injil dan Tuarat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammmad S.A.W., Nabi Isa dan Nabi Musa 'Alaihimussalatuwassalam.

Wallahua'lam.

Beberapa Isu Timbul Kebelakangan Ini

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 13, 2010 , under , | comments (0)




 Promosi blog PAS Kawasan Kangar. Ikuti isu-isu menarik sekitar Perlis di blog ini. (Klik gambar untuk terus ke blog PAS Kawasan Kangar)

Beberapa isu yang sangat berbahaya timbul kebelakangan ini. Saya kira ia bukan isu biasa, dan tidak juga luar biasa.

Saya kira ia juga bukan semata-mata isu malahan sebenarnya isu yang sengaja ditimbulkan untuk menutup dan mengaburi isu yang melanda negara malahan sebenarnya sengaja untuk menutup kesalahan sesetengah daripada mereka.

Dalam keadaan banyak isu inilah, sejak kebelakangan ini banyak benar halangan dan kekangan untuk saya menulis.

Kesan daripada itu saya sedar, ia menjejaskan mood sahabat-sahabat untuk mengunjungi blog ini.

Jelas saya lihat, bilangan pengunjung mula menyusut dari hari ke hari. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung kerana sudah lama tidak menulis dan update blog ini.

Saya kira ia adalah halangan yang tidak dapat dielakkan dan ada beberapa perkara dan urusan yang lebih aula untuk saya segera dan lakukan.

InsyaAllah saya akan cuba untuk menulis beberapa ulasan isu bersandarkan maraji' yang thiqah dan analisis yang benar berkaitan masalah yang melanda negara ketika ini, ia sedang dan masih hangat dan sudah tentunya sukar untuk reda.

Kekangan dengan mesyuarat dan beberapa gerak kerja tarbiyah membataskan waktu saya untuk menganalisi dan menulis.

InsyaAllah akan saya titipkan perkara-perkara ilmiah tersebut untuk tatapan para pengunjung sedikit masa lagi jika berkelapangan, moga dipermudahkan.

Wallahua'lam.

Walaupun Jauh, Pemergian Mereka Tetap Terasa

Posted by hamba_tarbiyah on , under , | comments (0)




Walaupun jauh, dan sempat bersama hanya beberapa bulan ketika aku berada di Tanjung Malim, semasa menjalani Latihan Industri, pemergian mereka berdua tetap memberi kesan dan bekas yang cukup mendalam kepadaku. (Gambar kiri: Allahyarham Mohd Fadhiri Bin Mohamad Ariffin)

Sempat berbicara, bergurau dan bersama adakala berbincang, aku tidak menyangka bahawasanya Allah lebih menyayangi mereka.

Sesungguhnya manusia perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan maut yang entah bila akan berkunjung tiba.

Bukan sahaja bersiap siaga untuk kehilangan diri sendiri, tetapi perlu bersedia untuk kehilangan orang yang berada di sekeliling dan sekitar kita.

Alhamdulillah, walaupun baru mengenali antara satu sama lain, aku dan Allahyarham Ahmad Faizol Bin Abdul Sukor serta Mohd Fadhiri Bin Mohamad Ariffin tidak kekok untuk berbicara dan bergurau.

Inilah tarbiyah ukhuwwah yang sudah pastinya sudah terbina dan terjalin utuh dengan ikatan persaudaraan satu aqidah di kalangan kami sahabat-sahabat amilin yang menyumbang tenaga dan masa untuk perkembangan Islam di bumi Malaysia ini.

Aku sangat terasa atas kehilangan sekelip mata mereka berdua terutamanya saudara Fadhiri. Setelah hampir 6 bulan tidak bertemu, Alhamdulillah Allah pertemukan kami di Kedah baru-baru ini dalam satu program yang cukup mulia di sisi Allah.

Cukup terkejut sebenarnya kerana tiba-tiba sahabat-sahabat dari UPSI yang berada di zon tengah turut terlibat sama.


Dan tidak disangka-sangka rupa-rupanya Allah telah merancang bahawa pertemuan kami akan berakhir di situ. Ahmad Faizol Bin Abdul Sukor) (Gambar kanan: Allahyarham

Ketika dalam perjalanan pulang menaiki motorsikal setelah sampai di Tanjung Malim pada jam sekitar 4.30-5.30 pagi 11 Januari baru-baru ini, mereka terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa mereka. Kedua-duanya terperosok ke bawah lori.

Allahyarham Faizol dikatakan meninggal di tempat kejadian kerana pendarahan teruk di kepalanya dan Fadhiri pula menghembuskan nafas terakhirnya setelah sampai di Hospital Teluk Intan.

Innalillah, semoga Allah menempatkan roh mereka bersama-sama orang yang mulia di sisi-Nya, insyaAllah.

Dakwah ini tidak akan mati dengan matinya manusia, ia tetap dan bakal diteruskan.

InsyaAllah saya yakin dan percaya, sahabat-sahabat saya di UPSI sudah pastinya tidak akan lemah semangat atas kehilangan mereka berdua, tiada yang lebih mulia di sisi-Nya selain mati di atas jalan perjuangan, tiada yang lebih mulia di sisi-Nya selain mati kerana perjuangan ini.

Kita pasti akan mati, maka carilah kematian yang bakal memuliakan kita di sisi Allah kelak.

Allahuakbar!

Pelancaran Rakaman Siri Kuliah Fiqh Daulah

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 12, 2010 , under , , , , , | comments (1)




Klik gambar untuk terus ke amaltube.

Alhamdulillah, akhirnya dapat saya sempurnakan tugas yang pertama sepertimana yang telah dijanjikan.

Ucapan kemaafan didahulukan kepada sahabat-sahabiah yang telah lama menunggu kemunculan video ini.

Berlaku sedikit kelewatan untuk proses meng'upload' atas sebab timbul beberapa masalah teknikal dan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan, mohon maaf kepada semua.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang setia menanti kemunculan rakaman kuliah ini dengan penuh sabar. Kesabaran anda amatlah dihargai.

Sudah tentunya, saya kira ia adalah khazanah dan koleksi ilmu yang sangat berharga malahan tidak ternilai harganya kepada kita semua.

Semoga dengan sedikit usaha ini ia dapat memberi manfaat yang berpanjangan untuk saya sendiri juga turut sama untuk anda semua.

Sebarkanlah, semoga ilmu ini sampai dan meresap masuk ke tengah-tengah masyarakat yang sememangnya tersangat dahagakan ilmu Fiqh Daulah ini.

Siri-siri berikutnya akan saya usahakan untuk berada di amaltube bagi memenuhi permintaan para pengunjung, mohon doakan semoga ia dipermudahkan.

Sila ke amaltube untuk Siri Pertama (Muqaddimah) Kuliah Kitab Fiqh Daulah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz.

Selamat mengikutinya. Wallahua'lam.

Islamic Architecture

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 11, 2010 , under , , , | comments (0)



Red Fort in Agra - India (view to Taj Mahal)


Regent's Park Mosque in London - England (sunset)


Registan in Samarkand - Uzbekistan


Royal Mosque in Lahore - Pakistan


Rumeli Hisari Fortress in Istanbul


Rustem Pasha Caravanserai in Edirne - Turkey


Rustem Pasha Mosque in Istanbul - Turkey


Rustem Pasha Mosque in Istanbul - Turkey (domes)


Rustem Pasha Mosque in Istanbul - Turkey (interior)


Sabah State Mosque in Kota Kinabalu - Malaysia


Sabanci Mosque in Adana - Turkey


Saddam Place Mosque in Baghdad - Iraq


Safranbolu in Turkey


Saifee Masjid in Tanzania


Saint Petersburg Mosque in Russia


Samarra Mosque in Iraq


Sankore Mosque in Timbuktu - Mali


Saparmurad Hajji Mosque in Ashgabat - Turkmenistan


Sayyeda Rukayya's Tomb in Damascus - Syria


Sayyeda Zeinab Mosque in Damascus - Syria


Sehzade Mosque in Istanbul - Turkey


Sehzade Mosque in Istanbul - Turkey (courtyard)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (dome)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (exterior)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (minbar)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (nightfall)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (panorama)


Selimiye Mosque in Edirne - Turkey (summer)


Selimiye Mosque in Konya - Turkey (exterior)


Selimiye Mosque in Konya - Turkey (interior)


Selong Great Mosque in Lombok - Indonesia


Shah Jehan Mosque in Thatta - Pakistan


Shahi Mosque and Pari Bibi's Tomb in Dakha - Bangladesh


Shahi Mosque in Dakha - Bangladesh

Resolusi Darul Nadwah Resolusi Sepanjang Zaman

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 3, 2010 , under | comments (0)





1. Hasil resolusi daripada mesyuarat Darul Nadwah merupakan resolusi yang kekal sepanjang zaman, tidak berubah sedikit pun. Ia menjadi resolusi musuh Islam turun temurun.

2. Kita jangan lupa bagaimana sirah telah merakamkan hasil daripada resolusi ini, resolusi cetusan daripada mesyuarat yang telah dibuat di Darul Nadwah yang telah dipengerusikan oleh Abu Jahl.

3. Kita juga jangan lupa bahawa, dalam mesyuarat itu syaitan yang menyerupai manusia turut sama mengambil bahagian untuk merancang bagi menghancurkan Islam.

4. Mesyuarat yang dihadiri oleh setiap ketua kabilah Makkah ini, telah mencadang pelbagai idea bagi menyekat dakwah baginda.

5. Pelbagai idea dan helah diutarakan oleh wakil-wakil kabilah, namun akhirnya cadangan yang mana tiada rasa belas kasihan, iaitu membunuh Rasulullah S.A.W. telah menjadi resolusi akhir hasil daripada mesyuarat tersebut.

6. Cadangan ini telah dilontarkan oleh Abu Jahl sendiri dengan mendapat sokongan kuat daipada syaitan laknatullah.

7. Dalam sirah telah menceritakan kepada kita bagaimana bapa saudara bagida Rasulullah, Abi Talib keluar daripada mesyuarat tersebut kerana tidak sampai hati untuk bersama mereka bagi membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah.

8. Lalu beliau terus menuju menemui Rasulullah dan disampaikan berita tentang rancangan untuk membunuh baginda.

9. Belum sempat Abi Talib menerangkan keputusan mesyuarat itu, Rasulullah terus membacakan ayat Al-quran yang baru sahaja turun kepada baginda:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." (Al-Afal:30)

10. Kita tidak lupa, jalan terakhir bagi menyekat kemaraan Islam telah pun diputuskan telah lama dahulu.

11. Pembunuhan kepada amilin dakwah ini merupakan cara yang paling terdesak bagi musuh untuk melenyapkan Islam di atas muka bumi ini.

12. Di sepanjang jalan dakwah, kita tidak boleh lari dan terlepas daripada resolusi yang telah pun dibuat 1ebih 1400 tahun dahulu, berakhir dengan pembunuhan.

13. Lihat saja, pembunuhan yang terjadi kepada As-Syahid Hasan Al-Banna, lihat saja As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Ust. Ibrahim Libya dan ramai lagi, menjadi mangsa pembunuhan musuh-musuh yang tidak pernah senang dengan kebangkitan Islam.

14. Persiapan kepada kader dakwah seharusnya diisi dengan persediakan ke arah meletakkan diri untuk berkorban dan dibunuh suatu masa nanti.

15. Biar dibunuh oleh mereka, biar dihina oleh masyarakat, asalkan kita dimuliakan oleh Allah dan pembunuhan terhadap jasad kita menjadi saksi usaha dan komitmen kita kepada perjuangan meninggikan syari'at-Nya.

Wallahua'lam.

Tahun Baru, Tetapi Dunia Semakin Uzur

Posted by hamba_tarbiyah on Jan 2, 2010 , under , , | comments (0)





1. Dalam keghairahan menyambut Tahun Baru, kita terlupa bahawa Tahun Baru yang disambut sebenarnya menambahkan lagi keuzuran dunia.

2. Walaupun tahunnya baru, tetapi dunia semakin menghampiri titik akhir kehidupannya.

3. Tahun ini, masing-masing tidak terlepas mengungkapkan azam baru, dengan pelbagai azam.

4. Ada yang berazam untuk meningkatkan prestasi diri, ada yang berazam untuk melakukan yang lebih baik dalam akademik serta tugas di pejabat dan tidak kurang ada yang berazam untuk terus berusaha bagi merealisasikan matlamat-matlamat mereka yang lepas yang mana belum terlaksana.


5. Sebagai seorang muslim, kita tidak terlepas dengan dosa dan pahala dalam kehidupan dunia.

6. Teringat akan ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap soalan wartawan berkaitan sesuatu isu membabitkan urusan negara, beliau seringkali mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia tidak boleh lari daripada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

7. Dalam sesuatu tindakan ada dosa dan pahalanya, dalam urusan negara ada dosa pahalanya, dalam urusan politik juga ada dosa dan pahalanya serta ada syurga dan nerakanya.

8. Termasuk dalam urusan sambutan tahun baru ini, ia juga merupakan urusan dunia.

9. Alangkah malangnya jika urusan dunia dicampuri dengan ma'siat kepada Allah, amat malang dan sedih sekali apabila ia digauli dengan dosa serta perkara yang diharam oleh syara'.


10. Seharusnya seorang muslim meletakkan azam dan matlamat baru untuk berubah ke arah yang lebih baik. Baik yang dinilai oleh Allah adalah baik berteraskan keimanan dah ketaqwaan kepada Allah.

11. Mulakan langkah pertama untuk berubah, walaupun sedikit tetapi ia perlu dimulakan, mana mungkin hanya mengungkapkan sekadar di bibir tetapi tidak pernah memulakan langkah untuk berubah.

12. Mana mungkin kita boleh berubah, jika tiada usaha untuk memulakan langkah pertamanya.

13. Perubahan ke arah taat kepada Allah, taat kepada Allah dalam cara berpakaian, taat kepada Allah dalam pergaulan, taat kepada Allah dalam percakapan, taat kepada Allah dalam tingkah laku, taat kepada Allah dalam urusan ekonomi, sosial, pendidikan mahupun urusan politik atau pun urusan pemerintahan negara.

14. Janganlah tahun Baru ini disibukkan diri dengan sambutannya, jika sambutan yang mengajak serta menyeru manusia kepada Allah Alhamdulillah. Tetapi jika sambutan yang megajak manusia untuk lalai daripada Allah apatah lagi mengundang kemurkaan Allah, jauhkanlah.


15. Sibukkanlah diri untuk mengisi tahun baru dengan perkara-perkara dicintai oleh Allah.

16. Rasulullah pernah bersabda:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi )

Wallahua'lam.

Bajet Masih dikeluarkan Pada 2008 Untuk Selenggara

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 31, 2009 , under , , , | comments (0)





1. Bajet untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM masih dikeluarkan seperti biasa pada tahun 2008 walaupun enjin tersebut telah hilang, perkara yang sangat menghairankan.

2. Mengikut laporan daripada menteri pada mulanya menyatakan, hanya "satu" enjin yang hilang, tetapi telah diperbetulkan kembali selepas itu bahawa "dua" enjin yang sebenarnya hilang.

3. Apa yang menjadi persoalan adalah, apakah maksud "satu" dan "dua" sebagaimana yang disebutkan oleh menteri pertahanan? Kita lihat apa yang sebenarnya berlaku.
1. Untuk pengetahuan umum, pesawat tempur F-54 TUDM ini sebenarnya dilengkapi dengan dua buah enjin, bukan satu, bermakna satu pesawat mengandungi dua buah enjin.

2. Dalam prosedur biasa untuk melakukan proses penyelenggaraan, kedua-dua enjin tersebut akan dibawa dan diselenggara bersama-sama tanpa memisahkannya, ia bermakna tidak hanya satu enjin yang diselenggara.

3. Jadi kemungkinan apa yang dimaksud dengan "dua" oleh menteri itu adalah dua set enjin, bukan dua buah enjin. Satu set enjin untuk satu pesawat, bermakna satu set enjin ini mengandungi dua buah enjin. Dengan kata lain untuk mudah difahami sebenarnya negara kehilangan 2 set enjin atau bersamaan 4 buah enjin.

4. Jika ini yang berlaku, negara kita sebenarnya kehilangan lebih kurang RM 200 juta, bukan RM 50 juta atau hanya RM 100 juta.

4. Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan tadi dalam perenggan pertama, kerajaan Malaysia masih mengeluarkan bajet seperti biasa pada tahun 2008 untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM walaupun enjin tersebut diketahui telah hilang.

5. Mengapa masih keluarkan bajet untuk selenggara jika sudah diketuai ia telah hilang, mengapa?? (Anda boleh jawab sendiri)

6. Ia semestinya berlaku "ketirisan" atau "kebocoran" di mana-mana. Hebat dan licik tindakan "mereka".


Inilah enjin jenis GE J85-21A bagi pesawat tempur F-5E TUDM

7. Saya ingin sebutkan satu lagi perkara yang perlu dilihat oleh rakyat Malaysia. Ia amat besar dan sangat besar, kerana kehilangan enjin pesawat ini bukan isu yang kecil, ia melibat dan mengaitkan campurtangan antarabangsa.

8. Pesawat ini adalah pesawat yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan dibeli oleh Malaysia. Amerika sudah tentunya akan merasa curiga dengan kehilangan enjin ini, dan tidak mustahil mereka meminta laporan daripada Malaysia berkaitan isu ini.

9. Tentu sahaja mereka akan mempersoalkan, bagaimana enjin sebesar itu boleh hilang? Ia akan bertambah parah, dan saya kira Amerika tidak akan berdiam diri atas tindakan Malaysia yang mengambil mudah.

10. Kita perlu tahu bahawa mereka memang berhak mempersoalkan kehilangan enjin tersebut, kerana ia adalah teknologi mereka, bukan teknologi biasa, ia teknologi yang sangat besar, teknologi yang sudah pasti menjadi hak cipta terpelihara mereka.

11. Sudah tentunya mereka tidak senang dengan kehilangan teknologi keluaran mereka, sudah tentu dan sepastinya.

12. Malaysia perlu berjaga-jaga, jangan mengundang padah, mereka mungkin akan memainkan isu ini untuk campur tangan dalam hal ehwal negara Malaysia. Jangan jolok sarang tebuan wahai kerajaan Malaysia.

Maraji': Ucapan YB Dato' Tuan Haji Mahfuz Omar, MP's Pokok Sena.

Janganlah Sampai Turun Bala' Sebegini

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 30, 2009 , under , , | comments (0)



Janganlah sampai turun bala' sebegini di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

"Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka." (Al-Ahzab : 17)

Bala turun apabila manusia mengundang kemurkaan Allah, tidak lain kerana kerosakan dan kema'siatan yang dilakukan oleh manusia.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum : 41)

Jangan sampai bala' sebegini diturunkan oleh Allah di Malaysia, tidak mustahil, jika terus menerus ma'siat bermaharajalela di atas bumi-Nya...



Semoga membuahkan 'amal.

Wallahua'lam.

Dapatkan dengan lebih jelas gambar ini di amaldigital.