Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Jom Heboh Di Perak, Mana Dato' Mufti ?

Apr 25, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 7:48 AM

Salam Perubahan,

1. Jom Heboh datang lagi, dulu Sure Heboh, sekarang dah tukar jadi Jom Heboh, memang gempak! kali ni btul-btul hebohla..



2. Dulu keluar kenyataan dan fatwa daripada Dato' Mufti Perak; Konsert Sure Heboh TV3 ni "haram". Tak taula haram tara mane. Tapi fatwa ni dah disepakati oleh semua Mufti(Majlis Mufti).

3. Sebenarnya fatwa ni dah cukup untuk menunjukkan bahawa segelintir rakyat Malaysia ni dah tak mumayyiz dan mereka rasa diri mereka tidak tergolong dalam firqah yang mukallaf, dah tak reti nak beza yang mane baik yang mana buruk, dan yang mana halal yang mane haram.

4. Ape citer kalau konsert terang-terang salah(dari sisi Islam) macam ni pun nak kene kluar fatwa. Memang betul-betul kebanyakkan(baca: segelintir) rakyat Malaysia dah pening dan keliru. Aku Keliru!

5. Dato' SS, Jom Heboh dengan Sure Heboh ni samela Dato', name je die tukar skit, supaya boleh cube elak bertembung dengan fatwa Dato'.

6. Konon-konon boleh lepasla, sebab kurang-kurang ade hujah kalau ade yang kate Jom Heboh ni haramkan.

7. Mane same kan Jom Heboh dengan Sure Heboh. Memang betul-betul berbeza, yang Sure Heboh tu ke "neraka", yang Jom Heboh ni ke "syurga" la kot.

8. Memang tak same pun, sebab Jom Heboh ni lagi Heboh, boleh pakat bawak family skali masuk "syurga", kalau Sure Heboh tu sorang-sorang je.

9. Cume yang hairan ni, ke mana Dato' SS Mufti Perak? "Jom Pi Syurga" (baca: Jom Heboh) Datang ke negeri dia skang ni. Tak de keluar wawancara atau kenyataan macam krisis Perak hari tu ker?

10. Dalam krisis Perak hari tu, Dato' Mufti bagi nasihat supaya jangan terlibat dengan apa-apa tindakan berkaitan krisis ni, yang ni takde nasihat ke Dato' ? saya tengah tunggu ni.

11. Saya sebenarnya baru lepas menadah(baca: mempelajari) kitab Tasawwuf dalam kuliah subuh tadi.

12. Belum habis lagi tajuk Ulama' Suk(jahat) yang rasanya dah lebih 3 minggu duk main tajuk tu je. Panjang betul perbahasan yang disampaikan.

13. Memang menarik dan betul-betul menusuk di hati dengan apa yang dilontarkan.

14. Tambahan pulak, Tuan Guru yang menyampaikan tu mempunyai pengamatan dan penghayatan yang cukup telap. Alhamdulillah, terasa ruh tu. Subhanallah.

15. Tajuk Ulama' Suk(jahat) ni cukup untuk memberi gambaran bahawa tidak semua Ulama yang dilahirkan ke bumi ni jelas matlamat perjuangan dan ikhlas kerja amalnya.

16. Disebut di dalam kitab tu(Al-Muhimmah Wal-Mawa'izd Al-Badi'ah), Ulama' Suk adalah ulama' yang mencari kepentingan dan keredhaan dunia semata-mata, sifat zuhud tiada pada diri mereka.

17. Ada di antara mereka, berilmu tanpa amal, bercakap tetapi tidak bertindak dan melaksanakan isi-isi yang dibutirkan oleh lidahnya.

18. Zuhud merupakan sifat yang paling ideal bagi seorang ulama' kerana dengan sifat itu, mereka berpaling daripada dunia dan tidak sekali-kali kasih kepada dunia walaupun mereka menguasainya dan kekayaan harta berada dalam genggamannya.

19. Seorang ulama' juga seharusnya cintakan sunnah Rasulullah, cintakan akhlak Rasulullah, cintakan cara pemakain Rasulullah, berjubah dan berserban, dan cintakan segala apa yang dibiaskan oleh Rasulullah ke setiap penjuru dan sudut.

20. Adalah tidak mungkin seorang ulama' akhirat tidak suka dan seterusnya meninggalkan sunnah Rasulullah ini khususnya cara pemaikain Rasulullah.

21. Sesungguhnya hati akan mati, jika membiarkan diri mengasihi dunia.

22. Sesungguhnya semakin tinggi Ilmu seseorang hamba, maka seharusnya semakin takut mereka akan Allah, dan membuatkan mereka semakin mendekatkan diri kepada Allah, bukan semakin jauh dan lupakan Allah.

23. Sebagaimana disebut dalam Surah Fatir, ayat 28 :

......إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ....

"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu...."

24. Tetapi jika ia semakin jauh dan lupakan Allah, maka ingatlah bahawasanya Allah telah mengurniakan istidraj kepada anda dan Dia akan membiarkan anda semakin jauh daripada-Nya dan terkapai-kapai dalam lembah kebinasaan. Na'uzubillah.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment