Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Sirah "Talbiyah" dan "Boikot Ekonomi"

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 25, 2009 , under , | comments (0)



Thumamah Bin Khuthal merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang cukup digeruni oleh masyarakat jahiliyah ketika itu kerana "Izzah" yang ada pada dirinya. Beliau merupakan antara sahabat yang cukup keras sikapnya kepada Rasulullah serta tegas permusuhannya terhadap Islam sebelum beliau bergelar muslim.

................


Pada suatu ketika, seseorang yang tidak jelas kelihatan kelibatnya telah mendatangi Rasulullah tanpa baginda sedar. Tanpa diduga, secara tiba-tiba lelaki tersebut telah menghunuskan pedang yang dibawanya kepada Rasulullah lantas berkata,


"Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang?",


Baginda menjawab, "Allah, Allah dan Allah".


Lalu tidak semena-mena pedang yang dipegang utuh oleh lelaki tadi jatuh ke tanah, terus disambar oleh baginda lantas menghunus kembali ke arah lelaki itu. Kemudian Rasulullah mengulangi soalan yang sama dan diajukan kembali,


"Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang?"


beliau menjawab, "Engkau".

Dalam keadaan pedang yang masih terhunus, Rasulullah telah meminta agar beliau beriman kepada Allah dan menganut agama Islam, namun beliau enggan. Dalam keengganan dan sikap tegas yang ditunjukkan, beliau memohon kepada Rasulullah supaya dilepaskan dan berjanji tidak akan mengganggu baginda serta orang Islam yang lain. Rasulullah memperkenankan permintaannya, maka dilepaskan. Berlalulah lelaki itu dari tempat baginda.

Tidak berapa lama kemudian sejurus selepas peristiwa tadi, lelaki tersebut telah datang kembali menemui Rasulullah. Baginda menerima kedatangannya dengan hati terbuka. Tetapi tanpa disangka dan diduga, lelaki tersebut mengadap baginda lantas mengucap dua kalimah syahadah dan menyatakan keimanan sebenar-benarnya kepada Allah dan RasulNya. Maka muslimlah seorang pemimpin agung kaum Yamamah iaitu Thumamah Bin Kuthal, yang telah memberi sinar baru kepada Islam malahan mengukuhkan lagi kekuatan dakwah Islam di Makkah ketika itu.


Laungan Talbiyah Bergema

"Izzah" yang telah dibawa oleh sahabat agung ini menjadi sumber yang cukup kukuh kepada umat Islam kerana kekuatan ekonomi yang ada dalam kekuasaan negerinya. Setelah Thumamah memeluk Islam, beliau segera menuju ke ka'bah lalu tawaf sekelilingnya. Tetapi kali ini tawafnya berbeza dengan tawaf yang pernah dilakukan ketika beliau masih bergelar musyriq. Ini merupakan tawaf pertamanya setelah beri'ktiqad bahawa tiada tuhan melainkan Alllah dan Muhammad adalah Rasul Allah.


Buat pertama kalinya dalam sejarah Islam, sambil Thumamah mengelilingi ka'bah beliau telah melaungkan ungkapan yang belum pernah didengari oleh umat Islam ketika itu. Pada hari ini ia disebut sebagai laungan "Talbiyah" yang mana laungan ini akan disebut dan dilaung-laungkan ketika bertawaf mengelilingi ka'bah pada musim Haji. Inilah sebenarnya Thumamah Bin Kuthal yang merupakan orang pertama yang melaungkan ungkapan "Talbiyah" dalam sejarah Islam.

Dalam keadaan kegembiraan, Thumamah telah mengelilingi ka'bah sambil melaungkan "Talbiyah" dengan rasa penuh bangga dan megah menunjukkan keizzahan Islam kepada masyarakat musyriq ketika itu. Sehinggakan mereka merasakan seolah-olah tercabar dengan tindakan Thumamah lalu ingin bertindak membunuh Thumamah, walhal sebenarnya mereka tidak langsung kenal dan mengetahui bahawa beliau adalah seorang raja kepada bangsa Yamamah.


Tetapi tiba-tiba ada yang menenangkan mereka dan menyatakan kebimbangan jika mereka membunuh Thumamah . Jika mereka benar-benar ingin bertindak membunuh Thumamah, pasti kaumnya tidak akan sesekali berdiam diri malahan tidak akan teragak-agak untuk menyerang negaranya secara besar-besaran.


Ketua Musyriqin Mekah, Abu Jahal telah memanggil Thumamah lalu bertanya,


"Apakah yang telah terjadi kepada engkau wahai raja Yamamah?

Adakah engkau telah gila diracuni oleh Muhammad?"
Maka dijawab oleh Thumamah,

"Sesungguhnya aku tidak gila, tetapi aku telah berpegang kepada ajaran yang benar di sisi Allah iaitu Islam".


Abu Jahal hanya sekadar mampu mendengar ucapan Thumamah dan tidak mampu mengapa-apakan beliau, kerana Abu Jahal sedar bahawa Thumamah telah berpegang teguh kepada ajaran Muhammad malahan beliau tidak akan sesekali berpaling daripada ajaran itu. Tambahan pula, Thumamah merupakan seorang pemimpin yang kuat dan besar pengaruhnya ketika itu.


Boikot Bukan Budaya Yahudi

Setelah beberapa ketika memeluk Islam, beliau telah mengadakan boikot dan sekatan Ekonomi kepada masyarakat Jahiliyah malahan tidak membiarkan sedikit pun bekalan dan hasil bumi Yamamah untuk diberikan kepada penduduk Jahiliyah Makkah sebagai satu pengajaran kepada mereka kerana memusuhi Rasulullah dan ajaran suci yang dibawa baginda. Inilah julang-julang kalinya dalam sejarah Islam berlakunya pemboikotan ekonomi kepada musuh Islam.

Ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang berhujah dengan menyatakan bahawa tindakan memboikot ekonomi sesetengah bangsa atau negara merupakan budaya yang telah dilaksanakan oleh Yahudi. Mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan sirah Rasulullah S.A.W., ketika mana baginda telah diboikot oleh musuh-musuh Islam termasuk Yahudi suatu ketika dahulu. Ia tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengiya dan membenarkan hujah mereka seterusnya menyatakan adalah salah untuk kita melakukan pemboikotan ekonomi terhadap bangsa dan negara lain termasuk Yahudi.

Malahan ada yang lebih malang apabila mereka menzahirkan kekesalan mereka kerana kita menjulang-julang budaya ini sehingga menyebabkan bangsa sendiri menjadi mangsa akibat tindakan tersebut.
Atas dasar ia merupakan budaya Yahudi dan sirah nabawi yang digunakan, maka secara terang-terang mereka sanggup menidakkan tindakan boikat kepada Yahudi dan ternyata mereka seolah-olah "bias" kepada Yahudi. Adakah wajar sebagai seorang muslim bertindak sedemikian rupa?

Sirah tidak boleh dipadam, apatahlagi tidak boleh diubah. Malahan jangan sesekali cuba untuk mengambil kesempatan terhadap sirah nabawi untuk kepentingan diri dan nafsu semata-mata. Ia tidaklah boleh di"tarjih" dan di"match"kan dengan sebegita rupa jika kita tidak "faqih" dan "alim" malahan mungkin tidak mempunyai asas dalam memahami ilmu sirah.


Boikot bukanlah satu tindakan baru, ia sudah lama dilaksanakan malahan pada zaman Rasulullah sudah ada umat Islam yang mampu menggertak musuh-musuh Islam dengan kekuatan ekonomi yang mereka ada. Hatta berlaku tindakan memboikot ekonomi musuh-musuh yang cuba mengancam agama Allah sepertimana berlaku setelah Thumamah memeluk Islam. Ia adalah tindakan yang sangat dianjurkan oleh Islam, malahan merupakan cara untuk menunjukkan keizzahan dan kemulian Islam di mata dunia agar mereka tidak sesukati memperlecehkan agama kita. Cumanya timbul beberapa persoalan, adakah ia berjaya atau tidak? dan adakah masyarakat Islam Malaysia serius atau tidak?

Boikot Pengaruh Yahudi Dahulu

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 23, 2009 , under , | comments (0)



Sebenarnya krisis politik di Perak masih lagi belum reda, tambahan pula saya dengar ura-ura yang mengatakan DUN seluruh negeri Perak bakal dibubarkan. Lagi desas-desus bergoncang apabila ADUN Bota dan Jelapang kini dikatakan ingin meletak jawatan kerana tidak tahan dengan tekanan daripada rakyat yang mereka hadapi setelah mereka memihak kepada BN walaupun "mengisytiharkan" diri sebagai ADUN Bebas. Walaubagaimana pun, kita tunggu khabar baru dan tepat dari Perak untuk posting akan datang, InsyaAllah. Kita tinggalkan dahulu isu ini kerana saya ingin menarik perhatian semua untuk kita lihat isu pemboikotan ekonomi terhadap Yahudi yang telah dilancarkan di Malaysia.

Kekuatan ekonomi dan ketenteraan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara jika ia dilihat dari sudut material. Ia merupakan hujah yang sangat "releven" bagi sesetengah mereka yang mendokong sesebuah pembangunan yang berasaskan kebendaan dan realistik semata-mata.


Hari ini umat Islam di Malaysia masih lagi ketinggalan jauh dalam kedua-dua bidang ini apatah lagi jika ia dibanding dengan negara-negara membangun yang lain. Kita, umat Islam di sini sedang mengejar dan terus mengejar untuk mencapai kemajuan yang disasarkan, tetapi sehingga hari ini ia masih lagi berada ditahap yang kurang memuaskan dan dilihat masih belum cukup berjaya dalam mencapai matlamat untuk membangunkan kedua-dua bidang tersebut. Kita masih lagi berlari, dan terus berlari malahan mungkin melakukan pecutan semaksimum mungkin untuk meletakkan negara kita sebaris dengan negara-negara maju yang lain dalam kedua-dua bidang ini malahan mungkin lebih jauh daripada itu matlamat kita untuk menguasai dan memonopoli ekonomi dan politik dunia.

Dalam keadaan kita terus kejar dan mengejar matlamat material yang kita sasarkan, sedar atau tidak masyarakat Islam di Malaysia sebenarnya semakin jauh dan terus jauh dari pembangunan jiwa dan mental yang sewajar menjadi teras kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara yang diidam-idamkan. Kemegahan bangunan pencakar langit dan kecanggihan teknologi yang dizahirkan telah mengaburi mata masyarakat Islam sehingga menghiburkan hati-hati mereka malahan menjadikan mereka lupa tentang hakikat sebenar kehidupan dan matlamat mereka diciptakan di dunia.

Pembangunan yang tidak sehebat mana, tambahan pula masyarakat yang mula hilang moraliti dan maruah menjadi pemangkin untuk mengundang kepada keruntuhan dan kemusnahan sesebuah tamadun atau negara yang telah dibina. Ia tidak mustahil jika berlaku apatahlagi ketika ini budaya Yahudi mula merebak dengan seteruk-teruknya dalam kehidupan masyarakat khususnya kepada remaja-remaja walaupun kita sedang berusaha untuk memboikot ekonomi mereka.


Budaya Yahudi: Semakin Kritikal


Setelah peristiwa berdarah berlaku di Ghozzah(Gaza) sehingga mensyahidkan lebih kurang 1400 warga palestin, timbul "figure-figure" dalam masyarakat menjadi hero untuk meraih sokongan dalam menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin. Lebih membanggakan apabila slogan "Boikot Israel dan Sekutunya" mula dipasak dan terpampang di sana sini dalam keghairahan "pelakon-pelakon" ini menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Yahudi. Turut serta suara padu ditunjukkan di pentas-pentas hiburan yang mungkin dahulunya dicemari dengan "najis-najis konsert" mula meriah dengan "banner" dan sepanduk melaungkan "Save Palestin", "Boikot Yahudi", "Kami Cintakan Keamanan"dan sebagainya. Betapa hebatnya mereka menunjukkan "caring" mereka kepada Palestin. Betapa sensitifnya mereka terhadap kehidupan rakyat Palestin sehinggakan air mata mereka mengalir. Paling menjelikkan apabila betapa hebatnya mereka menunjukkan kemarahan serta ketidakpuashatian mereka kepada Yahudi walhal mereka tidak sedar bahawasanya segelintir mereka masih dipergunakan oleh Yahudi dengan budaya dan cara kehidupan Yahudi.


Amat menyedihkan kita pada hari ini apabila ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hanya pandai "berlakon", dan menunjukkan retorik kemarahan serta kebencian mereka terhadap Yahudi, sedangkan mereka tidak sedar budaya hidup yang mereka jalani dan telah sebati dalam norma masyarakat ketika ini merupakan budaya yang diciduk daripada Yahudi. Mereka tidak sedar bahawa sebahagian besar pemuda-pemudi di negara ini telah rosak binasa dengan budaya songsang Yahudi.

Umat Islam ketika ini telah terjebak dengan perangkap Yahudi yang bijak mengatur perancangan untuk melemah dan menjahanamkan umat Islam dengan budaya-budaya songsang mereka. Budaya-budaya jahanam Yahudi ini telah berjaya meratah pemuda-pemudi kita. Ramai di kalangan umat Islam yang melaungkan seruan "boikot Israel", sedangkan masih ramai yang membeli produk Israel apatahlagi meniru cara pemakaian dan kehidupan mereka. Ini adalah tindakan retorik sebahagian daripada kita yang membuatkan kita sebagai salah seorang yang mempunyai kesedaran dan kefahaman merasa terkilan dan cukup sedih.

Remaja Mempertahankan Budaya Yahudi


Amat sedih apabila hari ini kita lihat, remaja Muslim khususnya di kalangan anak gadis mula meninggalkan sedikit demi sedikit budaya Islam dalam kehidupan berpakaian mereka. Mereka langsung tidak merasa bangga jika mengenakan pakaian-pakaian ketimuran apatahlagi pakaian-pakaian Islam yang menjaga aurat mereka, malahan mereka merasa malu untuk menyarung pakaian-pakaian yang bukan sahaja dianjurkan oleh agama malahan sebenarnya bertujuan untuk menjaga maruah mereka. Adakah hina dan jatuhnya maruah jika mereka memakai pakaian yang dianjurkan oleh agama?

Berbaju T, berlengan pendek, memakai sarung lengan, dan berseluar Jeans yang menampakkan bentuk tubuh dari atas sampai ke bawah seolah-olah merupakan pakaian yang sudah sinonim dan biasa bagi anak gadis Muslim. Malahan mereka mungkin merasa bangga dengan "adat" dan "trend" berpakaian sebegitu rupa. Lebih teruk lagi ada yang merasakan ia langsung tidak melanggar adat ketimuran malahan tidak melanggar hukum Islam. Inilah menunjukkan betapa berjayanya Yahudi "membasuh" otak
anak-anak gadis Muslim untuk mereka terus menerus menjaja budaya Yahudi laknatullah ini.

Tidak Mahu Hipokrit, Bukan Alasan

Lebih malang lagi bagi umat Islam, apabila golongan pemuda-pemudi menggunakan alasan "hipokrit" untuk mengiyakan dan mempertahankan cara berpakaian Yahudi. Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka mengiktiraf budaya Yahudi dalam kehidupan mereka yang sebenarnya merupakan musuh mereka dan musuh kepada agama mereka. Jika apa yang dibawa oleh Yahudi dipertahankan dan diiyakan, mereka seolah-olah menjadikan Islam sebagai musuh. Adakah mereka masih tidak sedar?


"Aku memang macam ni, aku tak nak hipokrit, aku nak jadi diri aku sebenar". Ungkapan ini sering kali kita dengar, malahan sudah agak bosan untuk mendengar alasan yang sebegini rupa. Jika anda benar-benar ingin menjadi diri anda yang sebenar dan anda benar-benar tidak mahu hipokrit, cuba tanya pada diri anda, siapakah diri anda yang sebenar? siapakah diri anda yang sebenar?? adakah anda merupakan hamba kepada Allah atau hamba kepada "trend" dunia? Jika anda masih lagi terpengaruh dengan solgan "hipokrit" yang dibawa Yahudi, nescaya anda akan menjadi hamba kepada "trend" dunia bukan menjadi hamba kepada Allah, dan bukan menjadi diri anda yang sebenar, kerana menjadi hamba Allah itulah sebenarnya diri anda. Jadi anda memang benar-benar hipokrit, bukan hipokrit pada diri sendiri, tetapi kepada Tuhan yang menciptakan anda iaitu Allah. Jika anda benar-benar ingin menjadi diri anda yang sebenar, maka anda perlu berbalik kepada Allah, kerana diri anda sebenar adalah merupakan hamba-Nya, maka anda perlu patuh kepada segala perintah-Nya.

"Trend" berpakaian yang
dipengaruh budaya Yahudi

Seharusnya golongan pemuda dan pemudi perlu sedar, pakaian yang tidak menjaga aurat adalah pakaian yang dianjurkan oleh Yahudi. Pakaian Yahudi bukan sekadar atas nama dan "brand"nya tetapi atas dasar dan konsepnya bertujuan untuk merosakkan remaja Muslim seterusnya membuatkan mereka berani sehingga sanggup melawan dan menyanggah hukum-hukum agama mereka sendiri. Ini adalah kerja sebenar Yahudi untuk menghancurkan Islam.

Mungkin hari ini Yahudi bertepuk tangan apabila mereka berjaya menjadikan budaya jahanam mereka sebagai norma kehidupan remaja-remaja Muslim. Malahan mungkin juga hari ini Yahudi telah pun mengadakan pesta untuk meraikan kegigihan kita sebagai remaja Muslim mempertahankan budaya mereka di negara sendiri.

Maka kita sebagai pemuda dan pemudi Islam, sewajar sedar dan insaf bahawa cara berpakaian ranggi, mengikut "trend", yang menampakkan bentuk tubuh dan aurat apatahlagi ketat khususnya kepada remaja perempuan merupakan cita-cita yang telah dirancang oleh Yahudi setelah sekian lamanya. Ini merupakan intipati yang ada dalam Protokal Yahudi yang meletakkan matlamat mereka untuk merosakkan wanita Islam dan mengembangkan pergaulan bebas. Anak gadis Melayu juga perlu sedar bahawa mereka telah termakan dengan Protokol Yahudi ini. Jika mereka masih berdegil dan menyatakan bahawa tiada kena mengena budaya ini dengan Yahudi, maka mereka perlu sedar, mereka telah berjaya diracuni oleh musuh Islam malahan mereka telah membenarkan musuh Islam untuk menghancurkan mereka dan agama mereka iaitu Islam.

Tidak ada gunanya untuk kita memboikot ekonomi Yahudi
kerana mereka telah mewariskan ilmu dan budaya mereka kepada generasi pemuda-pemudi kita pada hari ini. Yahudi masih boleh bertahan dan bersandar pada generasi ini. Tiada gunanya untuk kita menyerang mereka sekiranya remaja-remaja khususnya anak gadis Muslim ini masih membiarkan Yahudi menguasai mereka seterusnya menjadi agen-agen penyebar yang sangat effektif untuk menjatuhkan Islam dengan budaya songsang ini pada masa yang akan datang. Inilah kesedihan yang perlu dirasai oleh setiap masyarakat Islam di Malaysia, kerana mereka merupakan harapan negara dan agama.

Betapa berjayanya Yahudi meracuni pemikiran anak-anak muda dengan mensebatikan hujah "hipokrit" dalam mengiayakan segala tindakan dan budaya mereka. Tidak lain tidak bukan tujuannya supaya anak-anak muda Islam ini sendiri yang akan mempertahankan budaya Yahudi laknatullah dan mengenepikan malahan menyanggah hukum-hukum Al-Quran dan undang-undang agama mereka sendiri.

Amatlah malang jika ia berterusan dan sekiranya golongan pemuda-pemudi m
asih lagi tidak sedar dan masih tidak melakukan perubahan yang sawajarnya. Sekiranya ia masih berterusan, tidak salah jika dikatakan bahawa andalah sebenarnya yang telah menjadi pemangkin untuk memudahkan Yahudi menguasai dunia umat Islam dan andalah sebenarnya yang telah menjadi pemangkin untuk Yahudi menghacurkan dunia Islam keseluruhannya. Adakah anda tidak merasa bersalah? Anda telah membantu musuh-musuh Islam.

Ayuh sahabat-sahabat, kita perlu sedar bahawa kitalah merupakan harapan dan tonggak kepada agama dan negara, kitalah yang akan menjadi penjaga agama dan negara agar ia tidak tercemar dan dicemari oleh musuh, kitalah yang bakal mencorakkan negara dan generasi yang akan datang. Kita tidak mahu budaya musuh kepada agama kita menjadi sebati dan lumat dalam kehidupan kita seterusnya juga kehidupan generasi kita pada masa yang akan datang kerana kita sayangkan Islam.

Ayuh! Kita boikot budaya "jahanam" mereka, kita boikot ekonomi mereka, kita boikot secara serius dan tegas kerana kita adalah pemuda-pemudi Islam yang tidak boleh diperleceh apatahlagi dipergunakan dengan begitu mudah oleh mereka.

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Jadi, janganlah sesekali mempertahankan budaya musuh yang menginginkan Islam lenyap dimuka bumi. Janganlah sesekali kita menjadi pemangkin kepada berjayanya perancangan jahat mereka.
Ayuh kita boikot Yahudi, kita hancurkan mereka!..hancurkan budaya mereka!!

Nasihat Pemuda-Pemudi:



Global Financial and Economic Crisis

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 20, 2009 , under , , , , | comments (0)



This is the effect of Global Financial and Economic Crisis as felt in this year in automotive industries :

Sales of new cars in the UK have slumped to a 12-year-low and production of cars at Honda in Swindon has been halted for a unprecedented four-month period because of the collapse in global sales and represents the longest continuous halt in production at any UK car plant. The announcement comes on a day when the EU’s Industry Commissioner Guenter Verheugen warned the outlook for the European car industry was ‘brutal’ and predicted not all European manufacturers would survive the crisis.


With many manufacturers on extended Christmas shutdown, the number of cars rolling off production lines in December fell 47.5% to just 53,823.


Thousands of new cars are stored on the runway at the disused Upper Heyford airbase near Bicester, Oxfordshire, on December 18, 2008.


Unsold cars at Avonmouth Docks near Bristol.


New cars jam the dockside in the port of Valencia in Spain.


Stocks of Ford trucks in Detroit , Michigan.


The open car storage areas in Corby , Northamptonshire, are reaching full capacity.


The build-up of imported cars at the port of Newark , New Jersey.


Earlier this week Jaguar Land Rover said 450 British jobs would go.


Nissan has announced plans to cut its Sunderland workforce by 1,200. Thousands of unsold cars are stored around the factory’s test track.


Newly imported cars fill the 150-acre site at the Toyota distribution centre in Long Beach , California.


Imported cars stored at Sheerness open storage area awaiting delivery to dealers.


Honda is halting production at its Swindon plant in April and May, extending the two-month closure announced before Christmas to four months. Honda and Japanese rival Toyota are both cutting production in Japan and elsewhere. Pictured, Hondas await export at a pier in Tokyo.

Why it was seem like this?
Know it after this....

Antara Karpal, Nizar dan Sultan

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 15, 2009 , under | comments (0)



Perak ketika ini masih lagi ber"isu". Isu yang cukup hangat dan mencuri tumpuan semua pihak termasuk media dan para pemerhati politik bahkan para penyokong yang senantiasa menanti dan mengharapkan kesudahan yang baik berlaku di negeri ini. Ia berkaitan "perebutan" dan "rampasan" kerajaan yang berlaku sehinggakan saat saya menulis, krisis ini masih belum lagi selesai. Keadaan bertambah parah apabila Sultan dilihat turut sama terjun dalam kemelut ini yang mana mungkin dipandang sesetengah pihak bertujuan baik untuk menyelesaikan "perebutan" kerajaan antara BN dan PR sekaligus meredakan kemarahan rakyat.

Disangkakan "kuasa" yang ada pada Sultan dan niat baik baginda untuk mengembalikan kejernihan suasana akan tercapai, tetapi malangnya lain pula yang berlaku. Bukan sahaja keadaan menjadi semakin kritikal malahan rakyat turut keliru. Hal ini memangkinkan tindakan segelintir rakyat jelata yang mula menunjukkan bahawa mereka telah hilang kepercayaan malah turut meragui tindakan yang diambil oleh baginda untuk mententeramkan keadaan setelah dilanda pergolakan politik.

Demonstrasi mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai bentuk bantahan yang di anjurkan dan dijaja di sana sini terus menerus baik dari pihak PR mahupun BN. Ada golongan yang memperjuangkan dan mempertahankan Sultan serta kedaulatan baginda sekaligus menjunjung titah perintah Tuanku agar MB Dato' Seri Nizar dan seluruh Exconya meletak jawatan. Tidak kurang juga ada yang memperjuangkan dan mempertahankan kepimpinan Dato' Seri Nizar sebagai MB kerana menjunjung Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang dilihat berpihak kepada MB itu.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, kita semua harus sedar, titah perintah Sultan Perak tertaluk kepada perlembagaan dan Undang-Undang Negeri tetapi diingatkan, baginda berhak untuk menitahkan apa sahaja yang difikirkan perlu demi kepentingan rakyat jelata. Pun begitu, tiada "clause" dalam perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan bahawa titah baginda perlu dipatuhi dan tidak pula ada "klause" dalam undang-undang tersebut yang dikatakan derhaka jika titah itu dilanggari, malahan sebenarnya titah baginda hanya berbentuk nasihat.

Sultan berhak dan berkuasa untuk memperkenan dan menolak sesuatu cadangan yang belum dilaksanakan tetapi bukan perkara-perkara yang sudah terlaksana kemudian ingin dibatalkan, inilah kuasa Sultan yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Tetapi lebih "manis" sekiranya nasihat baginda didengari dan dipatuhi jika ia benar-benar bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat jelata. Tetapi jika tidak, undang-undang tiada hak untuk memaksa.

Walaupun dilihat MB Dato' Seri Nizar tidak mematuhi dan tidak menerima titah baginda malahan "memohon sembah durhaka", ia tidak bererti bahawa beliau menderhaka serta ingkar kepada Sultan. Apa yang dipegang dan dilaksanakan adalah semata-mata bertujuan menjaga kesucian Undang-Undang Tubuh Negeri Perak serta melunaskan prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi agar ia berjalan mengikut "track" yang sawajarnya.

Sultan Simbol Ketuanan Melayu dan Agama Islam

Orang Melayu khususnya tentu pantang dan rasa tercabar jika ada individu yang sama bangsa dengan mereka menderhaka kepada Sultan apatahlagi bangsa lain. Bangsa Melayu merasa cukup sensitif jika ada pihak yang menderhaka kepada Sultan kerana mereka rasakan apabila Sultan diderhaka, bermakna Sultan dicabar. Apabila Sultan dicabar bererti Melayu yang sebenarnya dicabar dan diusik. Maka sudah tentu ada yang akan bertindak agresif dan emosional mencela penderhaka ini. Inilah buktinya yang dikatakan Sultan merupakan simbol gahnya kekuatan dan kuasa ketuanan Melayu.

Tetapi apabila dipersoalkan tentang agama Islam dan Islam ini dicabar oleh pihak yang beragama lain, ke mana pula hilangnya sensitiviti masyarakat dan umat Islam di negara ini? Adakah ini sebenarnya retorik bangsa dan semata-mata "lakonan" sensitiviti pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan yang hanya memikirkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan Agama? Islam tidak mengajar untuk kita melebihkan bangsa berbanding Agama Islam. Namun begitu, bangsa juga perlu dipertahankan jika ia dicabar apatahlagi agama Islam yang ditinggikan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Sejarah Derhaka Melayu

Tikus tidak akan sesekali pandai mengiau jika kucing tidak mengajarnya. Kucing tidak akan sesekali pandai menyalak jika anjing tidak mengajarnya. Begitu juga manusia, hamba tidak akan sesekali pandai mengarah jika tuan tidak mengajarnya, dan rakyat tidak akan sesekali pandai menderhaka jika pemimpin tidak mengajar mereka dan menunjukkan teladan yang buruk itu kepada mereka.

Sejarah telah membuktikan, banyak penderhakaan yang telah berlaku di kalangan pemimpin mahupun rakyat jelata kepada Sultan. Sebagaimana yang berlaku di Kelantan apabila Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta, adakah ini tidak dianggap seolah-olah memperlekeh dan menderhaka kepada raja Melayu?

Begitu juga kes pemilihan MB di Kuala Terengganu, proses mencabar kuasa Sultan juga berlaku apabila PM sendiri tidak mengiktiraf keputusan Sultan Terengganu yang ketika itu berstatus Yang Dipertuan Agong, memperkenankan Ahmad Said sebagai MB malahan menginginkan Idris Jusoh dilantik sebagai MB. Adakah ia tidak dianggap sebagai tindakan berani mencabar kuasa yang ada pada Sultan? Tidakkah tindakan ini bersifat menderhaka?

Dan yang paling munasabah untuk kita buat perbandingan dengan isu di Perak, adalah sepertimana yang telah berlaku ni Negeri Sembilan. Pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang. Mengapa tidak ada yang bangkit membantah tindakan Pihak Standard Charted Public Bank ini? Ke manakah mereka? Adakah tindakan perarakan, mencabar, menyaman seperti itu tidak dikatakan derhaka? Di mana hilangnya golongan yang kononnya menjaga kedaulatan Sultan dan Melayu pada ketika itu, malahan mengapa baru hari ini tiba-tiba muncul dan menunjukkan aksi-aksi retorik mereka?

Karpal Berani, Mengapa?

Dalam peruntukan undang-undang jelas tidak ada halangan dan sekatan untuk menyaman Sultan malahan para pelajar pengajian undang-undang pun telah memaklumi seawal mereka menduduki tahun satu lagi bahawa Sultan boleh didakwa di mahkamah. Apa boleh kita lakukan, undang-undang tersebut telah memakan diri sendiri.

Saya tidak menganggap tindakan menyaman Sultan merupakan jalan terbaik malahan ia pada pandangan saya adalah satu tindakan yang tidak "sopan" jika masih ada jalan keluar lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang mebabitkan Sultan. Namun jika terdesak dan ia dibenarkan oleh undang-undang, maka itulah jalan terakhir yang mampu diambil walaupun ia diakui merupakan satu tindakan yang mungkin dipandang oleh sesetengah pihak yang tidak memahami undang-undang sebagai tindakan yang menderhaka.

Bukanlah niat saya untuk mempertahankan Karpal yang anti-Islam itu, tetapi inilah sebenarnya bukti dalam sejarah tanah air, yang ditunjukkan oleh pemerintah dan pihak-pihak yang kononnya menyanjung tinggi dan mempertahankan undang-undang negara sehingga "memakan" diri dan bangsa
sendiri. Ini amat malang jika ia berterusan berlaku pada masa yang akan datang. Tambahan pula rata-rata generasi muda pada hari ini, mula miskin jiwa dan ilmu mereka walaupun kaya dengan harta dan mewah dengan wang.

Karpal semakin berani kerana ini adalah teladan yang ditunjukkan oleh pemerintah dan masyarakat Melayu sendiri suatu ketika dahulu. Inilah hakikatnya. Tambahan pula beliau memahami selok belok perundangan negara. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada beliau untuk meneruskan tindakanya. Malah kes ini tambah membimbangkan sesetengah pihak apabila ketua hakim negara turut membisu dalam isu tindakan Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak. Di mana silapnya?

"Sultan dijunjung, rakyat disanjung"
"Keadilan dijunjung, masyarakat disanjung"

Lompat "Katak" Lebih Berpendirian

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 12, 2009 , under | comments (0)



Sebagaimana katak, manusia juga pun mampu "lompat melompat". Malahan "lompatan" yang dibuat oleh manusia jauh lebih menarik dan licik berbanding katak atau kodok yang berada di daratan sehinggakan ia sukar untuk "dicekup" dan ditangkap apatahlagi susah untuk dijangka arah lompatan yang bakal dilakukan. Adakalanya lompatan mereka mengena tepat pada sasaran yang dituju dan adakalanya lompatan mereka tersasar jauh dari landasan sebenar tetapi masih dalam area "sasaran". Inilah menariknya "lompatan" yang dilakukan oleh manusia berbanding katak yang mungkin tidak mempunyai akal, tetapi sebenarnya bintang ini mampu menunjukkan moral dan maruah yang jauh lebih tinggi berbanding manusia apabila lompatannya diisi dengan pendirian yang utuh dan sentiasa konsisten.

Lompat dari satu parti ke satu parti bukanlah isunya. Bermaruah atau tidak tindakan melompat itu juga bukanlah persoalannya. Yang seharusnya terlintas dan bermain di fikiran kita adalah sebab dan atas dasar apa mereka bertindak sedemikian? Serta atas pendirian apa mereka sanggup melompat? Itulah yang seharusnya menjadi kayu pengukur sama ada bermaruah atau tidak lompatan mereka, bermoral atau tidak tindakan mereka dan "significant" atau tidak keputusan yang mereka lakukan.


Sejarah Lompat


Usah berbicara tentang maruah jika ia berlaku dalam kelompok kita dan terkena batang hidung kita sendiri. Usah berbicara tentang moral jika ia pernah dilakukan oleh kita malahan tindakan itu dihormati kerana dikatakan kononnya mengembalikan hak rakyat walaupun ditawarkan dengan umpan yang penuh kontroversi. Ia dilihat seolah-olah cakap tak serupa bikin, anak yang ditegur tapi bapa yang "bercak ketin". Sejarah tidak boleh dipadam apatah lagi diubah. Sejarah juga mengajar rakyat Malaysia agar mereka lebih berhati-hati dan membuat pembaikan untuk masa depan.

Dalam sejarah politik Malaysia, insiden lompat melompat ini bukan isu yang baru hari ini muncul malah dalam sejarah pilihanraya sebelum ini telah membukti bahawa ia pernah pun berlaku. Tidak akan timbul tindakan melompat jika lompatan itu tidak dihiasi dengan umpan yang betul-betul direbut dan dikejar. Maka atas dasar inilah sebenarnya "lompat" yang dilakukan diukur.

Jika sebelum ini begitu susah untuk segelintir daripada mereka memperolehi apa yang terbuku dihati dek dikaburi dengan nafsu serakah, maka apabila peluang untuk memenuhi kehendak nafsu mereka walaupun terpaksa melompat sudah ada di depan mata ditambahkan dengan hiasan umpan yang sebegitu rupa, maka disambarnya bagaikan ikan yang terlalu lapar dan rakus, walhal mereka sebenarnya ditipu dan menipu diri mereka sendiri malahan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Pada PRU tahun 1959, walaupun baru 2 tahun jagung kita merdeka, tindakan melompat ini telah berjaya dilancarkan buat pertama kali sehingga menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu apabila 3 ADUN PAS dan 3 ADUN Parti Negara menyertai UMNO. Pada ketika itu tindakan ini dilihat wajar dan tidak menjadi masalah bagi sesetengah pihak.

Seterusnya sejarah itu berulang buat kali kedua pada PRU tahun 1994 apabila sekali lagi UMNO berjaya "menyelamatkan" 2 ADUN Semangat 46 dengan memberi peluang kepada mereka untuk melompat parti dan berpihak kepada mereka. Walaupun selepas 2 kerusi DUN tersebut dikosongkan dan berlaku pilihanraya kecil dan keputusannya berpihak kepada Semangat 46, tetapi mahkamah telah membatalkan kemenangan mereka dan menyerahkan DUN tersebut kepada UMNO.

Begitu juga kes ini pernah berlaku di Sabah pada Pilihanraya 1994. Ketika itu PBS memenangi 25 kerusi, manakala BN memiliki 23 kerusi. Perlembagaan Sabah mengizinkan Parti yang memerintah melantik 6 orang ADUN tambahan, menjadikan PBS mempunyai 31 kerusi. Tanpa disangka-sangka, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menubuhkan 5 parti baru dalam masa beberapa hari walaupun ia seolah-olah dilihat tidak munasabah. Tetapi inilah kecekapan Kementerian Dalam Negeri bekerja para waktu itu. Maka berlakulah "shopping" ADUN secara besar-besaran sehinggakan hampir kesemua ADUN melompat. Ia menyebabkan PBS hanya tinggal 6 kerusi dan Kerajaan PBS terus tumbang.

Projek Lompat

Lompat tidak langsung menjadi masalah jika ia dibuat atas dasar kerelaan demi mempertahankan perlembagaan dan hak serta kepentingan rakyat. Ia tidaklah mencerminkan tindakan wakil rakyat itu sebagai tindakan yang tidak bermoral apa lagi dilabelkan sebagai wakil rakyat yang tidak mempunyai maruah. Bermaruah atau tidak diukur atas kapasiti dasar dan sebab mereka melompat, bukan semata-mata melihat kepada tindakan melompat itu.

Maruah akan tercemar dan moral akan runtuh jika ia dilakukan atas dasar paksaan dan ditawarkan dengan umpan yang begitu lumayan sehingga membuatkan mereka lupa kepada kebajikan rakyat. Apabila tawaran harta dan pangkat ditukar ganti dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, maka mahu tidak mahu rakyat akan tetap marah dan ramai akan merasa terkilan serta tidak berpuas hati. Mana tidaknya, jika wakil rakyat mereka berpaling tadah semata-mata kerana ketamakan dan karakusan mereka untuk membina bergunung-gunung harta dan menyusun bertingkat-tingkat pangkat.

Projek lompat yang dicanangkan biarlah berprinsip dan mempunyai pendirian yang benar untuk kepentingan rakyat. Kalau ada pihak yang serius untuk melakukan "shopping" lagi pada kali ini, maka teruskanlah. Tidak menjadi masalah dari pihak BN mahu pun PR untuk melancarkan projek "shopping" ini selagi mana ia tidak dicemari dengan sogokan, ugutan dan rasuah. Tapi adakah benar dan boleh dipercayai tiada sogokan, ugutan dan rasuah?

Perak: Kronologi

Posted by hamba_tarbiyah on Feb 6, 2009 , under | comments (1)



Hari ini Perak telah mencatat sejarah dalam politik Malaysia apabila negeri itu mempunyai 2 MB yang "sah" berkuasa dalam satu masa. MB dari PR dilihat "enggan" memenuhi titah Sultan untuk meletakkan jawatan sementara MB dari BN ternyata sudah menjalani Majlis angkat sumpah di Istana seterusnya "sah" sebagai MB Perak yang ke-11.

Situasi ini amat mengelirukan rakyat, yang telah menantikan dengan penuh debaran berkaitan pergolakan yang berlaku. Sekali lagi rakyat perak menunjukkan komitmen mereka untuk turun mengundi jika Pilihanraya baru diadakan. Ini terbukti apabila protes yang diadakan di setiap genap penjuru dan corong termasuk sanggup turun ke Istana Iskandariah selepas selesai Solat Fardhu Jumaat semalam.

Kronologi

Kita sorot kembali kronologi peristiwa sejarah yang telah berlaku semalam..(Masanya tidak tepat)

Jumaat 6 Feb 2009

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9:40am
Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.
Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.




10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut. Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.




10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.


10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.



11.50am Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.




12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan. Sidang tergempar-seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut. Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

1.00pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat. Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi. Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.


2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah. Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai. Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.


2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu.


2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi. Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.


2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua. Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid. Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.


3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata. Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.



3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka. Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana. Polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang.

3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.
Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.


3.20pm
Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat. Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.



3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

3.33pm Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.



3.36pm Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis.

3.55pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

4.00pm Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti. Seorang AJK PAS Perak menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah. Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.


4.12pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

4.17pm Exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan "gagal dihubungi" masih bersama PKR. Kebimbangan tentang "kehilangannya" cepat merebak susulan wujud dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

4.22pm Mesyuarat pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang. Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.

4.39pm 9 penyokong PR berjaya ditahan polis. Lebih kurang 3,000 penyokong bersurai selepas diarahkan oleh seorang pemimpin PAS Perak setengah jam lalu.

5.30pm Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri." Gabungan pembangkang menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. "Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman."

Khamis 5 Feb 2009







"Saya masih MB Perak" -Dato' Seri Nizar