Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Bajet Masih dikeluarkan Pada 2008 Untuk Selenggara

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 31, 2009 , under , , , | comments (0)





1. Bajet untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM masih dikeluarkan seperti biasa pada tahun 2008 walaupun enjin tersebut telah hilang, perkara yang sangat menghairankan.

2. Mengikut laporan daripada menteri pada mulanya menyatakan, hanya "satu" enjin yang hilang, tetapi telah diperbetulkan kembali selepas itu bahawa "dua" enjin yang sebenarnya hilang.

3. Apa yang menjadi persoalan adalah, apakah maksud "satu" dan "dua" sebagaimana yang disebutkan oleh menteri pertahanan? Kita lihat apa yang sebenarnya berlaku.
1. Untuk pengetahuan umum, pesawat tempur F-54 TUDM ini sebenarnya dilengkapi dengan dua buah enjin, bukan satu, bermakna satu pesawat mengandungi dua buah enjin.

2. Dalam prosedur biasa untuk melakukan proses penyelenggaraan, kedua-dua enjin tersebut akan dibawa dan diselenggara bersama-sama tanpa memisahkannya, ia bermakna tidak hanya satu enjin yang diselenggara.

3. Jadi kemungkinan apa yang dimaksud dengan "dua" oleh menteri itu adalah dua set enjin, bukan dua buah enjin. Satu set enjin untuk satu pesawat, bermakna satu set enjin ini mengandungi dua buah enjin. Dengan kata lain untuk mudah difahami sebenarnya negara kehilangan 2 set enjin atau bersamaan 4 buah enjin.

4. Jika ini yang berlaku, negara kita sebenarnya kehilangan lebih kurang RM 200 juta, bukan RM 50 juta atau hanya RM 100 juta.

4. Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan tadi dalam perenggan pertama, kerajaan Malaysia masih mengeluarkan bajet seperti biasa pada tahun 2008 untuk menyelenggara enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E TUDM walaupun enjin tersebut diketahui telah hilang.

5. Mengapa masih keluarkan bajet untuk selenggara jika sudah diketuai ia telah hilang, mengapa?? (Anda boleh jawab sendiri)

6. Ia semestinya berlaku "ketirisan" atau "kebocoran" di mana-mana. Hebat dan licik tindakan "mereka".


Inilah enjin jenis GE J85-21A bagi pesawat tempur F-5E TUDM

7. Saya ingin sebutkan satu lagi perkara yang perlu dilihat oleh rakyat Malaysia. Ia amat besar dan sangat besar, kerana kehilangan enjin pesawat ini bukan isu yang kecil, ia melibat dan mengaitkan campurtangan antarabangsa.

8. Pesawat ini adalah pesawat yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan dibeli oleh Malaysia. Amerika sudah tentunya akan merasa curiga dengan kehilangan enjin ini, dan tidak mustahil mereka meminta laporan daripada Malaysia berkaitan isu ini.

9. Tentu sahaja mereka akan mempersoalkan, bagaimana enjin sebesar itu boleh hilang? Ia akan bertambah parah, dan saya kira Amerika tidak akan berdiam diri atas tindakan Malaysia yang mengambil mudah.

10. Kita perlu tahu bahawa mereka memang berhak mempersoalkan kehilangan enjin tersebut, kerana ia adalah teknologi mereka, bukan teknologi biasa, ia teknologi yang sangat besar, teknologi yang sudah pasti menjadi hak cipta terpelihara mereka.

11. Sudah tentunya mereka tidak senang dengan kehilangan teknologi keluaran mereka, sudah tentu dan sepastinya.

12. Malaysia perlu berjaga-jaga, jangan mengundang padah, mereka mungkin akan memainkan isu ini untuk campur tangan dalam hal ehwal negara Malaysia. Jangan jolok sarang tebuan wahai kerajaan Malaysia.

Maraji': Ucapan YB Dato' Tuan Haji Mahfuz Omar, MP's Pokok Sena.

Janganlah Sampai Turun Bala' Sebegini

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 30, 2009 , under , , | comments (0)



Janganlah sampai turun bala' sebegini di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

"Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka." (Al-Ahzab : 17)

Bala turun apabila manusia mengundang kemurkaan Allah, tidak lain kerana kerosakan dan kema'siatan yang dilakukan oleh manusia.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum : 41)

Jangan sampai bala' sebegini diturunkan oleh Allah di Malaysia, tidak mustahil, jika terus menerus ma'siat bermaharajalela di atas bumi-Nya...



Semoga membuahkan 'amal.

Wallahua'lam.

Dapatkan dengan lebih jelas gambar ini di amaldigital.

Yakinlah, Wahai Pemuda Da'wah

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 29, 2009 , under , , , | comments (0)




“Wahai Pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.

Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati semua yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya.

Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas, terumbang ambing di antara seruan-seruan yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan samada sedikit atau ramai.”


وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ ...

“Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-‘Imran:126)

1. Yakinlah bahawa Islam adalah wadah perjuangan dan kehidupan. Yang pasti, keyakinan ini tidak terbentuk melainkan berbuah daripada Iman.

2. Dengan keyakinan manusia hidup dan meneruskan kehidupan. Tanpa keyakinan yang benar, manusia akan tumpas dan kalah di atas pentas kehidupan.

3. Islam harus menjadi teras keyakinan dan kepercayaan. Meyakini selain daripadanya hanya akan menempah kerugian dunia dan akhirat.

4. Imam Hasan Al Banna mengajak kita meyakini fikrah perjuangan dan kehidupan Islam. Kita wajib meninggalkan fikrah-fikrah selain fikrah Islam.

5. Curahkan segala tenaga dan usaha untuk menegakkan Islam dalam kehidupan peribadi dan umat. Berusahalah untuk menjadi insan soleh dan ‘muslih’ terhadap orang lain.

6. Bukan sahaja membaiki diri tetapi berusaha jua membaiki orang sekeliling. Inilah jalan kebaikan dunia dan akhirat.

7. Sedarlah bahawa Islam telah membuktikan kehebatan dan kemampunannya. Lihat generasi para sahabah, mereka sebenarnya hebat adalah semata-mata kerana Islam dan mereka mendapat kemulian semata-mata kerana Islam, tiada asbab lain.


8. Generasi awal umat ini telah diiktiraf sebagai ‘khaira ummah’ yang menjadi pemimpin dunia dalam masa tidak sampai 30 tahun kemudian ketuanan mereka berterusan selama ribuan tahun.

9. Melaka pernah bernaung di bawah kepimpinan Uthmaniah Turki suatu ketika dahulu. Ini semuanya membuktikan kemampuan Islam.

10. Rasulullah SAW telah menjalankan tugas mendidik, membangunkan jiwa kehambaan dan memberikan ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya tanpa jemu kepada umat sepanjang hayat Baginda SAW.

11. Dengan penat lelah dan tanpa putus asa tersebut, baginda telah melahirkan generasi terbaik yang tiada tandingan.

12. Justeru umat hari ini sangat memerlukan ‘murabbi’ yang istiqamah, ikhlas, kenal kaedah dan jalan serta mempunyai kemampuan dan mampu untuk meraih pertolongan dan nusrah Allah SWT untuk menyatupadukan umat dan mengembalikan umat kepada kehebatannya.

13. Hakikatnya, umat hari ini tidak kekurangan ‘muallim’ (guru) tetapi umat hari ini kekurangan ‘murabbi’ (pendidik). Para pemuda perlu dididik untuk melahirkan pendidik, pemuda-pemuda perlu ditarbiyah untuk melahirkan murabbi.

Wallahua'lam.

Cebisan Muqaddimah Fiqh Daulah (Bhg.Akhir)

Posted by hamba_tarbiyah on , under , , , , | comments (0)





1. Saya kira sudah ramai sedia maklum tentang Maqasid Syar'iyah. Syari'at dan perundangan Islam itu menjaga berapa perkara yang cukup besar dan penting dalam kehidupan manusia, ia di sebut Maqasid Syar'iyah:
1. Agama
2. Nyawa
3. Aqal
4. Keturunan
5. Harta

2. Apabila kita melihat kepada perundangan Islam ini, tidak sedikit di kalangan umat Islam merasa gerun dan gentar akan undang-undang ini malahan terlintas difikiran mereka menganggap ia kejam dan zalim.

3. Mereka gerun kerana tidak faham akan falsafah dan hikmah sebenar yang terdapat dalam undang-undang tersebut. Mereka berfikiran begitu kerana mereka terpengaruh dengan doktrin jahat.

4. Sebenarnya ia bertambah parah apabila salah faham terjadi kerana terpengaruh dengan dakyah dan ideologi yang disesarkan dalam pemikiran mereka bahawa undang-undang Islam ini kejam.

5. Malahan lebih malang lagi apabila orang Islam itu sendiri menjaja dan mempromosikan fahaman yang dilaknat oleh Allah ini.

6. Undang-undang Islam cukup adil dan besar hikmahnya di sisi Allah. Ia sesekali tidak kejam dan zalim kepada manusia. Contohnya amat jelas jika dilihat dalam hukum hudud, hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan kain.

7. Apa hikmahnya jika menggunakan kain? Walhal mungkin langsung tidak memberikan kesan yang besar kepada fizikal pesalah.

8. Inilah falsafah perundangan Islam, mendidik manusia, bukan menghukum. Kebenaran Islam itu bukan dibuktikan dengan Aqal, tetapi dengan Wahyu.

9. Atas barakah perundangan Allah itulah, maka dikurniakan keampunan di sisi Allah atas kema'siatan yang dilakukan.

10. Antara falsafah yang cukup besar dalam undang-undang Islam ini adalah, sepastinya dijanjikan oleh Allah bahawa pesalah akan mendapat keampunan atas segala dosa yang dilakukan apabila menerima hukuman. Dosa-dosa kema'siatan mereka akan diampunkan oleh Allah.

11. Tetapi tidak perundangan manusia, walaupun mendapat hukuman yang berat di dunia, tetapi belum tentu kesalahannya diampunkan oleh Allah di akhirat kelak.

12. Sebelum memasuki perbahasan tajuk pertama Fiqh Daulah ini, seharusnya diketahui beberapa perkara yang menjadi rukun terbentuknya sebuah Daulah(Negara), Rukun Daulah:
1. Tanah air(tempat untuk didirikan sebuah negara)
2. Rakyat(manusia yang mendudukinya)
3. Ketua negara (mengurus dan mentadbir)
4. Undang-undang (mengawal negara)
5. Kedaulatan (pengistiharan sebagai sebuah negara tanpa ada pihak lain yang boleh menceroboh)

13. Sesungguhnya manusia tidak dapat menyelesaikan masalah manusia kecuali Allah. Hanya Allah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan manusia, hanya perundangan Allah sahaja yang akan mampu menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

14. Islam itu adalah agama, negara, dan juga undang-undang, malahan meliputi keseluruhan kehidupan manusia itu adalah agama.

Wallahua'lam.

Nantikan akan datang, siri-siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz di amaltube.

Lahirnya Seorang Amilin Dakwah

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 28, 2009 , under , | comments (1)



ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mu'minun:14)


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا ۚ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)." (Ghafir:67)


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai." (Al-Hajj:5)

Proses Allah menjadikan seorang amilin:


Bermula kejadian penciptaan seorang manusia.


Perjalanan panjang sperma menuju sel telur.


Sperma yang telah bersusah payah berenang siap untuk bersenyawa dengan sel telur.


Persenyawaan.


Dinding rahim.


Sel telur yang telah bersenyawa menuju dinding rahim.


Embrio mulai terbentuk, awal pembentukan kepala.


Sudah mulai berbentuk.


Sempurna, seorang hamba yang bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan dakwah baginda Rasulullah S.A.W.


Takbir! Allahuakbar!
 

Anda boleh lihat dengan lebih jelas gambar-gambar ini di amaldigital.

Cebisan Muqaddimah Fiqh Daulah (Bhg.1)

Posted by hamba_tarbiyah on , under , , , , | comments (0)





1. "Agama itu suci, politik itu kotor." Slogan yang cukup terkenal yang dicanang oleh musuh-musuh Islam.

2. Pada siri kuliah pertama Fiqh Daulah ini, muqaddimah yang cukup ringkas, Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz telah memulakan perbahasan dengan membawa gambaran yang cukup jelas tentang suasana dan kerangka masalah yang melanda umat islam akhir zaman pada masa ini.

3. "Agama itu suci, politik itu kotor, tidak boleh dicampur antara agama dan politik." Ia adalah kata-kata biasa yang kita dengar daripada sesetengah manusia yang menerima Al-Quran sebagai kitab mereka.

4. Ya sememangnya Islam itu suci manakala politik itu kotor, tetapi politik yang kotor itu adalah politik barat, bukan sama sekali politik Islam.

5. Sebenarnya, ia tidak lain tidak bukan adalah slogan yang telah berjaya dibius masuk ke dalam pemikiran umat Islam pada zaman ini.

6. Ia antara method yang paling ampuh untuk melemahkan umat Islam sepanjang zaman, memdoktrinkan slogan sebegitu rupa dalam pemikiran mereka, memisahkan Islam daripada politik pemerintahan.

7. Apabila Islam tidak memerintah dan tidak berkuasa untuk memerintah serta mentadbir, maka tuntasnya kuasa umat Islam itu sangat terhad dan amat terbatas untuk menjalan serta menegakkan syaria't Allah secara menyeluruh di atas muka bumi ini.

8. Jelas, umat Islam bagaikan tiada kuasa untuk mendaulatkan perundangannya, tiada kemampuan untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang tertinggi di dalam perlembagaan negara. Seharusnya diingat, ia merupakan agenda jahat untuk melumpuh seterusnya menghapuskan Islam.

9. Bahana yang melanda umat Islam pada waktu ini adalah kesan apabila mereka menjauhkan Islam daripada politik pemerintahan, apabila mereka meletakkan Islam hanya sesuai untuk berada di masjid, di kuliah-kuliah ilmu, di madrasah-madrasah, di majlis perkahwinan, majlis tahlil, majlis kematian atau sebagainya.

10. Mereka tidak merasakan bahawa Islam itu wajar dan seharusnya berada di suatu tempat yang tinggi bagi memerintah negara dan mentadbir dunia ini.

11. Ia bala yang cukup besar bagi umat Islam kerana kejahilan mereka sendiri tentang Fiqh Daulah atau Fiqh Kenegaraan.

bersambung..(bahagian terakhir akan menyusul, harap setia bersama amalbahtera)

Nantikan akan datang, siri-siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz di amaltube.

Code Majalah Milenia Muslim Online

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 27, 2009 , under , | comments (0)





Atas dasar rasa begitu penting untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dalam arena dakwah ini, maka saya kira perlu untuk saya berkongsi satu bahan penting untuk tarbiyah dan dakwah.

Entry ini hanya sekadar ingin berkongsi ilmu berkaitan dengan blog. Dalam blog amalbahtera terdapat satu ruangan untuk pembacaan Majalah Milenia Muslim secara online.

"Image" majalah ini telah diintegrasi dengan web issuu.com untuk para pengunjung membuka dan membacanya secara online. Berikut merupakan code untuk Majalah Milenia Muslim Online:

    <center><a href="http://issuu.com/e-Subs/docs/prenov?mode=embed&layout=http%3A%2F%2Fskin.issuu.com%2Fv%2Flight%2Flayout.xml&showFlipBtn=true" target="_blank" onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}"><img border="0" style="cursor: pointer; width: 155px; height: 210px;" alt="" src="http://www.mileniamuslim.com.my/imagem/2.gif"/></a></center>

Buka gadget baru anda di Add a Gadget, dan pilih HTML/JavaScript, kemudian Copy and paste code ini.

Untuk perhatian sahabat-sahabat, Image majalah ini akan bertukar secara automatik apabila majalah Milenia Muslim bertukar edisi.

Tetapi, satu perkara yang perlu juga diketahui, code ini diintegrasi bersama issuu.com secara manual, bermakna "href address" untuk pembukaan untuk membaca majalah ini perlu ditukar setiap kali bertukarnya edisi.

Saiznya boleh diubah untuk disesuaikan dengan sidebar anda.

Semoga ia bermanfaat.

Dinanti-nantikan, Kuliah Fiqh Daulah Telah Bermula

Posted by hamba_tarbiyah on , under , , , | comments (0)





Kuliah Fiqh Daulah telah pun bermula semalam 26 Disember 2009. Seperti biasa kuliah maghrib bulanan ini dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din bertempat di Balai Islam Madi, Jejawi, Perlis.

Sebelum ini Dr. Haron Din telah membawa kita kepada perbahasan yang berkisar tentang Comparison of Religion (Perbandingan Agama). Perbahasan ini telah pun tamat pada sesi kuliah yang lepas.

Maka sesi kuliah pada kali ini beliau telah mula menggunakan kitab baru yang dirasakan sesuai untuk dibaca dan disyarahkan atas keperluan semasa msyarakat pada hari ini berkaitan ilmu Fiqh Daulah atau Fiqh Kenegaraan.

Kitab Fiqh Daulah ini tidak banyak digunakan dalam sesi-sesi kuliah di Malaysia kecuali di Terengganu, Kelantan, Johor atau mungkin beberapa negeri yang lain. Ia mungkin baru diperingkat permulaan.

Sememangnya kita dapati agak sukar untuk mendapatkan siri-siri kuliah perbahasan tentang kitab ini kerana tidak ramai menggunakannya dalam kuliah dan mungkin juga atas sebab tidak ramai yang mempunyai kebolehan untuk memahami seterusnya menyampaikannya dalam kuliah-kuliah.

Justeru amat sukar untuk dicari siri perbahasannya dalam kuliah-kuliah dan melihat kepada keperluan serta permintaan masyarakat, maka saya insyaAllah akan cuba untuk upload video-video mengikut siri-sirinya pada masa akan datang.

Untuk siri pertama pada 26 Disember 2009 akan saya uploadkan secepat mungkin, itu pun jika tiada halangan, moga-moga Allah permudahkan.

InsyaAllah setiap siri video ini akan saya arkibkan di blog video amalbahtera iaitu http://amaltube.blogspot.com

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti atau mendownloadnya, sila dapatkan di blog amaltube.

Semoga ia memberi nafas baru kepada kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, InsyaAllah.

Berblog, Ghoyahnya Akhirat (Bhg.Akhir)

Posted by hamba_tarbiyah on , under , , , , | comments (0)





1. Sebagaimana telah saya sebutkan dalam siri pertama, mana mungkin ghoyahnya akhirat tanpa ilmu yang bermanfaat, dan mana mungkin ada Ilmu yang bermanfaat dalam blog yang sia-sia. Lebih mudah difahami, mana mungkin ghoyahnya akhirat tanpa ilmu yang bermanfaat di dalam blognya.

2. Dalam pada masa kita mengenal baik sesuatu perkara, maka sewajarnya kita mengetahui dan mengenal buruknya juga.

3. Lantas jua kiasannya dengan ilmu, ia ada baik dan ada buruknya, ada manfaat dan ada sia-sianya, serta ada rahmat dan ada laknatnya di sisi Allah.

4. Manusia begitu bebas untuk melontarkan apa sahaja yang diinginkan di dalam blog, tetapi ia tidak bebas di sisi Allah.

5. Kebanyakan manusia begitu teruja berblog dan bercerita tentang apa jua perkara, tetapi tidak sedikit daripada mereka yang ingat bahawa setiap ilmu yang terbuah daripada hasil tulisan mereka akan digunakan sepanjang zaman.

6. Jika baik dan manfaatnya ilmu daripada tulisan mereka sebagaimana disandarkan tujuannya untuk mendekatkan diri manusia kepada Allah, maka pahala baginya berpanjangan sehingga hari kiamat.

7. Tetapi jika buruk dan sia-sia ilmu daripada penulisannya itu, apatahlagi ilmu-ilmu yang menjauhkan manusia daripada tuhan mereka, maka ingatlah dosa baginya berpanjangan sehingga hari kiamat.

8. Siri akhir ini akan memaparkan kepada sahabat-sahabat tentang ciri-ciri ilmu yang tidak bermanfaat, antaranya:
1. Ilmu yang diperolehi hanya di lisan bukan di hati.

2. Ilmu yang tidak menumbuhkan rasa takut pada Allah.

3. Membuatkan manusia tidak pernah kenyang dengan dunia bahkan semakin bertambah semangat dalam mengejarnya.

4. Tidak menjauhkannya dari perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

5. Ilmu yang menjadikan manusia semakin sombong dan angkuh.(jauh daripada tunduk dan patuh kepada perintah Allah)

6. Menjadikan manusia mencari kedudukan yang tinggi di dunia dan berlumba-lumba untuk mencapainya.

7. Ilmu yang cuba untuk menyaing-nyaingi para ulama dan suka berdebat dengan orang-orang bodoh.

8. Tidak menerima kebenaran dan sombong terhadap orang yang menyatakan kebenaran atau berpura-pura meluruskan kesalahan kerana takut manusia lari darinya kerana menampakkan sikap kembali kepada kebenaran.

9. Mengatakan orang lain bodoh, lalai dan lupa serta merasa bahawa dirinya selalu benar dengan apa-apa yang dimilikinya.

10. Selalu berburuk sangka terhadap orang-orang yang terdahulu.

11. Banyak bicara dan tidak mengawal kata-kata.

9. Cuba kita lihat blog-blog kita, adakah terdapat ilmu-ilmu yang disebutkan? Dalam satu hadith menyebut:

من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار

“Barang siapa yang menuntut ilmu untuk menyaing-nyaingi para ulama, mendebat orang-orang bodoh atau memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya, maka dia itu telah mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” Sunan At-Tirmidzi No. 2653 dengan sanad yang hasan.

10. Silakanlah berblog, berblog sebagaimana yang telah dituntut oleh Islam. Jangan pisahkan blog daripada akhirat, nescaya kamu akan rugi dan hina di hadapan Allah kelak.

11. Hubungkan blog serta seluruh kehidupan kita dengan akhirat. Jangan sesekali lari dari ghoyah dan matlamat akhir kita iaitu Allah dan akhirat.

Wallahua'lam.

Murabbi Maraji':
1. Ucapan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Perasmian Konvensyen Blogger PAS 2009
2. Tulisan Al-Fadhil Ust. Yussaine Yahya

Berblog, Ghoyahnya Akhirat (Bhg.2)

Posted by hamba_tarbiyah on Dec 25, 2009 , under , , , , | comments (0)





1. Penulisan blog boleh menjadi senjata yang amat tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun yang sangat berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna.

2. Pentingnya untuk kita mengetahui bagaimana yang dikatakan ilmu yang bermanfaat itu. Antara ciri-ciri ilmu yang bermanfaat daripada Kitab Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf:
1. Menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah.

2. Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk.

3. Membuat jiwa selalu merasa cukup (qanaah) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit yang itu merupakan bagian dari dunia.

4. Menumbuhkan rasa zuhud terhadap dunia.

5. Senantiasa didengar doanya.

6. Ilmu itu senantiasa berada di hatinya.

7. Menganggap bahawa dirinya tidak memiliki sesuatu dan kedudukan.

8. Menjadikannya benci akan sanjungan dan pujian.

9. Selalu mengharapkan akhirat.

10. Menunjukkan kepadanya agar lari dan menjauhi dunia. Yang paling menggiurkan dari dunia adalah kepemimpinan, kemasyhuran dan pujian.

11. Tidak mengatakan bahawa dia itu memiliki ilmu dan tidak mengatakan bahwa orang lain itu bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah. Sesungguhnya dia mengatakan hal itu kerana hak-hak Allah, bukan untuk kepentingan peribadinya.

12. Berbaik sangka terhadap ulama-ulama salaf (terdahulu) dan berburuk sangka pada dirinya.

13. Mengakui keutamaan-keutamaan orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu dan merasa tidak mampu menyaingi martabat mereka.

14. Sedikit berbicara kerana takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnhya, sedikitnya perkataan-perkataan yang dinukil dari orang-orang yang terdahulu bukanlah kerana mereka tidak mampu untuk berbicara, tetapi kerana mereka memiliki sifat wara’ dan takut pada Allah Taala.

bersambung...(akan datang: Ciri-ciri Ilmu yang tidak bermanfaat dari Kitab Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf)


Murabbi Maraji':
1. Ucapan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Perasmian Konvensyen Blogger PAS 2009
2. Tulisan Al-Fadhil Ust. Yussaine Yahya

Hari-Hariku Bersama Rasulullah

Posted by hamba_tarbiyah on , under , , | comments (0)



1. "Para anbiya' hidup di dalam kubur mereka, mereka (para nabi) bersembahyang (dalam kubur mereka)." Sabda Baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Yu'la dalam musnadnya daripada Anas serta Imam Ahmad.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya." (Al-Ahzab:Ayat 56)

2. Ketahuilah Baginda s.a.w hidup dalam kuburnya. Berpeganglah dengan pegangan ini. Dan ucaplah salam ke atas Baginda dalam selawat kamu sepertimana salam kamu ke atas orang yang hidup, Baginda tidak mati sepertimana matinya kita di dalam kubur yang mana akan lenyaplah kebesaran dan keagungan kita. Bagaimana tidak? Kerana Baginda merupakan penghulu ‘alam ini dan Rasul bagi Tuhan sekalian alam.

3. Allah telah berselawat ke atas Baginda pada waktu lepas, sekarang dan sentiasa hingga tiada penghujung.

4. Kita tidak mengucapkan salam ke atas mayat Nabi yang mati, bahkan kita mengucapkan salam ke atas Nabi yang pernah bersabda sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, "Allah akan mengembalikan roh aku lalu aku menjawab ke atasnya (orang yang berselawat ke atasku) akan salamnya".

5. Antara cara kita selawat kepada Rasulullah S.A.W:
1. Mengucapkan salam dan selawat kepada Rasulullah S.A.W.
2. Beramal dan menghidupkan sunnah baginda.
3. Mengikuti dan meneruskan perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
4. Melihat sesuatu yang mengingatkan kita kepada Rasulullah S.A.W. lalu tidak lupa untuk terus berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda.

6. Ya Rasulullah, kami pemuda-pemuda akan tetap teguh meneruskan perjunganmu di atas muka bumi ini.

7. Tidak akan sekali-kali kami menconteng arang dan memalukan engkau ya Rasulullah, apatah lagi berpaling tadah daripada perjuangan yang mulia ini ya Rasulullah.

8. Ya Rasulullah, doakan kami agar kami terus istiqamah dan thabat berada dalam medan yang telah kami pilih ini.

9. Sesungguhnya sebesar-besar sunnnahmu adalah sunnah menegakkan syari'at Allah di atas muka bumi ini.
Ya Allah, kekalkanlah kami terus menerus berada di atas jalan perjuangan ini sehingga akhir hayat kami..

10. Pemergianmu Ya Rasulullah, ditangisi seluruh alam...


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.


Baju tongkat dan barang-barang Rasulullah S.A.W.



Beberapa helai rambut Rasulullah S.A.W.


Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah S.A.W.


Bendera Rasulullah S.A.W.


Busur panah Rasulullah S.A.W.


Cop surat rasmi Rasulullah S.A.W.

Lihat lagi gambar-gambar barang Rasulullah di amaldigital...

Wallahua'lam.