Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

AMALTUBE & AMALDIGITAL, Gadget & Blog Terbaru

Dec 18, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 3:48 PM

Bersempena Sambutan Tahun Baru Hijrah 1431, amalbahtera telah melakukan penambahan baru kepada Gadget amalbahtera.blogspot.com. Sama-sama ikutinya..


 Paparan utama blog AMALTUBE dan AMALDIGITAL

Alhamdulillah, saya sudah selesai menyempurnakan proses pembikinan blog baru bagi tambahan Gadget kepada amalbahtera.

Dua tambahan baru yang dimaksudkan adalah blog AMALTUBE dan AMALDIGITAL sebagai "add-on" atau "gadget" baru kepada blog asal saya iaitu amalbahtera.blogspot.com.


AMALTUBE.BLOGSPOT.COM



AMALTUBE merupakan blog atau tapak bagi koleksi-koleksi video yang bermanfaat yang menjadi simpanan kepada blog amalbahtera mahupun simpanan saya sendiri.

Ia diintegrasi terus dari Youtube dan menjadi tapak utama kepada http://www.youtube.com/amalbahtera untuk beroperasi.

AMALTUBE akan memudahkan lagi proses untuk anda mencari video yang mungkin anda minati atau terbaru diuploadkan di dalam youtube oleh saya sendiri atau menjadi bahan posting di amalbahtera.

Segala video yang menjadi koleksi http://www.youtube.com/amalbahtera akan bertapak di AMALTUBE ini untuk memudahkan sahabat pengunjung mencari, menonton atau mendownloadnya.

InsyaAllah segala video yang bermanfaat seperti koleksi kuliah-kuliah, majlis Ilmu, wacana-wacana, dokumentari atau sebagai siap untuk menjadi santapan rohani anda.

Untuk melayari blog AMALTUBE sila ke http://amaltube.blogspot.com



AMALDIGITAL.BLOGSPOT.COM



AMALDIGITAL pula adalah blog atau tapak sepertimana fungsinya sama dengan AMALTUBE, tetapi ia menjadi tapak pengumpulan gambar-gambar yang menjadi simpanan amalbahtera atau saya sendiri.

Gambar-gambar yang menarik dan berfaedah akan disimpan di tapak ini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat pengunjung.

Apa yang menariknya AMALDIGITAL ini adalah ia seolah-olah berfungsi seperti software image viewer, yang menayangkan secara flash untuk melihat gambar yang tersimpan.

Blog ini tidak memerlukan pemmbukaan "New Tab" atau "New Window" untuk memaparkan gambar-gambar yang disimpan. Ia memudahkan pengunjung insyaAllah.

Anda lihatlah sendiri di http://amaldigital.blogspot.com/

Selamat berkunjung. Semoga memberi banyak manfaat, insyaAllah.

Sekian..
Wallahua'lam.

-hamba_tarbiyah-

Currently have 1 comments:

  1. EraQQ says:
    This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Post a Comment