Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Chip Transfer Jet Pertama Di Dunia

Dec 6, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 12:58 AM



Untuk memindahkan data tentu memerlukan "connector" yang berupa kabel khusus, namun kini Sony memperkenalkan cara yang lebih dinamik untuk memindahkan data di mana memanfaatkan teknologi Wi-Fi dan ditambahkan dengan kelajuan yang lebih pastas dalam proses perpindahan data.

Sony baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mula memasarkan chip TransferJet LSI pertamanya. TransferJet adalah teknologi transmisi transfer data Wi-Fi jarak pendek yang mana memungkinkan proses pemindahan data berlaku dalam waktu yang singkat.

Secara teori, TransferJet menawarkan kelajuan transmisi yang boleh mencapai tahap maksima sehingga 560Mbps, sedangkan kelajuan biasanya adalah hanya 375Mbps. Untuk mendapat pencapaian maksima dalam proses ini, jarak yang disarankan adalah lebih kurang 3cm.

Pada kali ini, pihak Sony memperkenalkan 2 model yaitu CXD3267AGG yang mana menggunakan PCI/Mini PCI interface dan juga model CXD3268AGW dengan menggunakan Connector SDIO 2.0. Untuk melihat spesifikasinya, anda boleh tanya pakcik google.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment