Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Jangan Kerana Undi, Biar Kerana Dakwah

Jan 17, 2010 , Posted by hamba_tarbiyah at 11:17 AM



1. Jangan semata-mata kerana undi, kita terlalu mengambil mudah dalam isu(kalimah Allah) ini, dan jangan kerana sokongan mereka kita mudah untuk bertolak ansur dengan strategi licik musuh-musuh.

2. Biarlah ia kerana dakwah, dakwah dalam bentuk yang mudah untuk mereka(penganut kristian) fahami dan menerimanya.

3. Pendirian saya jelas dan tiada kompromi, tidak wajar untuk dibuka ruang seluas-luasnya bagi penggunaan kalimah Allah ini kepada penganut agama lain khususnya mereka yang berada di Malaysia yang sememang tidak faham secara jelas tentang maksud Allah ini.

4. Pertama, kita perlu sedar bahawa perbincangan dan perbahasan berkaitan dengan Allah ini adalah perbincangan dan perbahasan yang paling suci dan mulia dalam agama Islam kerana ia adalah perbincangan berkenaan dengan Tauhid dan Aqidah.

5. Awwaluddin Ma'rifatullah; awal agama adalah mengenal Allah. Mana mungkin penggunaan nama Allah ini boleh dibiarkan untuk digunakan sesuka hati kepada manusia-manusia yang tidak mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya(Sifat-sifat 20).

6. Sepatutnya tidak timbul persoalan dan perbandingan yang dibuat dengan penggunaan nama Allah ini di negara arab terutamanya di Mesir oleh penganut bukan Islam walaupun ia tidak menimbulkan kekeliruan. Perbandingan yang dibuat tersangatlah tidak releven. Kita bukan semata-mata dibatasi oleh sempadan malahan berbeda adat, budaya, yang paling penting bahasa.

7. Tidak ramai umat manusia di Malaysia hatta muslim sendiri faham tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Tauhid khususi dalam bab-bab Rububiyyah dan Uluhiyyah juga mungkin tidak sedikit umat Islam di negara ini mengenali Sifat-sifat 20(Sifat-sifat Wajib dan Mustahil bagi Allah).

8. Sepatutnya juga tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa kalimah Allah ini tidak dieksklusifkan penggunaannya hanya untuk umat Islam. Allah sememangnya Tuhan kepada seluruh manusia yang muslim mahupun kufur, tetapi penggunaan kalimah Allah (Yang Maha Esa) itu adalah hak mutlak bagi umat Islam.

9. Juga seharusnya tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa agama kristian yang dianuti di tengah-tengah masyarakat Malaysia hatta di negara lain sekali pun adalah agama samawi. Ini adalah kenyataan yang tidak benar sama sekali kerana agama Kristian dan Yahudi yang ada pada hari ini sudah mengalami revolusi dan kitab-kitab mereka telah ditokok tambah. Mereka memang sudah jauh sekali berbeza dengan agama Nasrani(Kristian) dan Yahudi yang turun pada asalnya kepada Nabi Isa dan Nabi Musa 'Alaihimussalatuwassalam.

10. Melihat kepada suasana di Malaysia, kebanyakan masyarakat di sini tidak begitu kuat berpegang kepada agama hatta agama kristian sendiri. Ramai di kalangan penganut Kristian sendiri tidak memahami agama yang mereka anuti.

11. Maka pendekatan dakwah yang menimbulkan keraguaan ke atas anutan mereka amatlah wajar untuk digunakan sebaik mungkin. Sebab itu jika gerakan Islam di Malaysia mampu mengekploitasi isu ini, maka satu kesedaran besar-besaran dapat dijana untuk membuka hati-hati penganut kristian ini kepada Islam.

12. Sebagaimana pendirian yang saya sebutkan tadi, memang tiada kompromi dan jelas bahawa kalimah Allah ini tidak boleh dibenarkan untuk penganut lain menggunakannya di Malaysia.

13. Tetapi kita juga perlu jelas, dalam bab Rububiyyah, agama kristian mengakui bahawa ada Tuhan yang menciptakan alam ini, yang memusnahkannya, yang mentadbir, yang memelihara, yang mengatur kehidupan alam dan manusia serta yang menguruskannya.

14. Walaubagaimanapun berbeza dalam bab Uluhiyyah, mereka tidak menyembah Allah, mereka menyekutukan Allah, mereka menyembah patung-patung serta menyembah Nabi Isa yang diangkat mereka sebagai anak Tuhan walaupun mereka akui ada Tuhan yang mencipta, mentadbir dan sebagainya. Ini adalah syirik dan jauh daripada konsep Uluhiyyah yang diajar dalam Islam.

15. Sebab itu dalam bab Uluhiyyah ini, kita timbulkan persoalan kepada penganut kristian, Allah yang mana kamu maksudkan? Jika kamu mengatakan ada Tuhan yang mencipta, memelihara dan sebagainya, tetapi mengapa tidak Tuhan itu yang kamu sembah?

16. Allah yang mana kamu maksudkan? Adakah Allah Yang Maha Esa? Atau Allah yang kamu sembah dengan menggunakan berhala-berhala kamu serta manusia-manusia yang kamu angkat sebagai anak Tuhan. Allah yang mana sebenarnya kamu maksudkan?

17. Persoalan ini akan menimbulkan keraguan di hati-hati mereka jika kena pada masa, tempat dan waq'ienya serta kehendak Allah.

18. Sebab itu dalam isu ini penting untuk kita menarik mereka serapat mungkin kepada kita, sehingga mereka faham, bukan menjauhkan lagi jurang serta ketegangan antara kita dan mereka. Tetapi jika tidak juga mereka faham, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Memberi Hidayah.

19. Sekurang-kurangnya ruang perlu dibuka bukan untuk membahaskan berkaitan hak mereka menuntut kalimah Allah ini, tetapi membuka ruang wacana berkenaan dengan perbahasan siapakah Allah yang sebenar sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran, Kitab Injil dan Tuarat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammmad S.A.W., Nabi Isa dan Nabi Musa 'Alaihimussalatuwassalam.

Wallahua'lam.

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    as salam tuan

    saya ingin mimtak izin utk share kerana sy fikir ia sgt manfaat buat semua
    terima kasih

Leave a Reply

Post a Comment