Analisa Politik : Strategi Atas Strategi
Feb 5, 2009
, Posted by hamba_tarbiyah at 11:53 AM
Apa dah jadi dengan gelanggang Politik tanah air kita mutakhirin ini? Geleng kepala rakyat memerhatikannya, sakit kepala penganalisis politik menela'ahnya, bahkan pening penyokong-penyokong mereka mengamatinya, tanpa mampu untuk mengungkap sepatah kata pun lagi. Walaupun suasananya semakin hangat, "rentak" dan "buah" yang akan diperagakan oleh PR dan BN masih menjadi misteri dan menimbulkan seribu satu persoalan. Apakah tindakan mereka selanjutnya dalam memastikan jawatan MB dikuasai dan suara rakyat dipengaruhi?

Walaupun 2 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) menjadi wakil bebas, tetapi ura-ura 2 Adun tersebut untuk melompat masuk ke dalam UMNO masih menjadi tanda tanya. Begitu juga kes penglibatan mereka berdua dalam rasuah yang masih dalam siasatan tidak menunjukkan sebarang perkembangan.
Kepulangan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Halim kepangkuan UMNO "mecengangkan" lagi suasana politik Perak. Apa yang menariknya, lompatan Adun tersebut disambut baik oleh pimpinan UMNO. Tahniah kepada Adun Bota kerana berjaya memaparkan aksi menarik dan menunjukkan lompatan licik yang terbaik dalam sejarah politik Malaysia.
Strategi Licik Anwar
Jika sebelum ini, Anwar dilihat begitu licik memaparkan aksi senyapnya dalam mencatur perancangan untuk mengukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat sekaligus menyekat kemaraan BN untuk menguasai Perak. Perancangan politik yang dicanang oleh BN untuk membawa masuk 2 Adun Perak telah pun dihidu oleh Anwar sejak bermulanya penubuhan kerajaan PR di Perak. Pada masa itu, PR menubuhkan

Keadaan menjadi semakin tenang, namun kali ini keadaan tenangnya agak berlainan berikutan tergamam BN dengan Adun Bota yang telah berpihak kepada PR. Namun suasana politik tetap rancak berjalan wal

Strategi atas Strategi
Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Suasana kecoh kembali apabila sekali lagi Adun Bota membuat lompatan yang tidak dapat dibaca umum, tapi kali ini lompatannya cukup menarik kerana lebih bersahaja dan mempunyai gayanya tersendiri. Jika sebelum ini BN yang tergamam, tapi kali ini PR pula yang "mengigit jari".

Liku-liku perancangan BN kembali "smooth" dan ia memberikan ruang yang cukup besar untuk BN merebut kembali pemerintahan di Perak. Jika sebelum ini strategi UMNO dikatakan "line off" atau pun mengalami "delay", tapi kali ini "line on" kembali, usaha mereka untuk mendapat mandat memerintah semakin cerah. Dalam pada masa yang sama, Adun Jelapang pula telah mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas. Sekali lagi strategi, yang (mungkin) "strategi" UMNO untuk mematahkan kembali strategi Anwar. Walaubagaimanapun, kedua-dua strategi licik ini tidak dapat dibaca oleh para pemerhati mahu pun penyokong mereka sendiri.
"Strategi" UMNO kali ini boleh dikatakan menjadi walaupun masih bersabung nyawa untuk mendapatkan "title" sebagai kerajaan Perak. Kesudahannya, masih belum diketahui umum namun rakyat masih menunggu keputusan Baginda Sultan Perak, sama ada DUN akan dibubar dan dilaksanakan pilihanraya baru atau pun mandat kerajaan akan beralih arah kepada BN. Walaubagaimanapun, ternyata rakyat Perak mengharapkan agar mereka dapat memiliki sebuah kerajaan yang telus, adil dan bermaruah untuk menerajui negeri yang mereka sayangi.
Currently have 0 comments: