Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Perak: Kronologi

Feb 6, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 5:10 PM

Hari ini Perak telah mencatat sejarah dalam politik Malaysia apabila negeri itu mempunyai 2 MB yang "sah" berkuasa dalam satu masa. MB dari PR dilihat "enggan" memenuhi titah Sultan untuk meletakkan jawatan sementara MB dari BN ternyata sudah menjalani Majlis angkat sumpah di Istana seterusnya "sah" sebagai MB Perak yang ke-11.

Situasi ini amat mengelirukan rakyat, yang telah menantikan dengan penuh debaran berkaitan pergolakan yang berlaku. Sekali lagi rakyat perak menunjukkan komitmen mereka untuk turun mengundi jika Pilihanraya baru diadakan. Ini terbukti apabila protes yang diadakan di setiap genap penjuru dan corong termasuk sanggup turun ke Istana Iskandariah selepas selesai Solat Fardhu Jumaat semalam.

Kronologi

Kita sorot kembali kronologi peristiwa sejarah yang telah berlaku semalam..(Masanya tidak tepat)

Jumaat 6 Feb 2009

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9:40am
Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.
Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.




10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut. Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.




10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.


10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.



11.50am Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.




12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan. Sidang tergempar-seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut. Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

1.00pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat. Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi. Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.


2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah. Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai. Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.


2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu.


2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi. Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.


2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua. Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid. Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.


3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata. Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.



3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka. Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana. Polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang.

3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.
Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.


3.20pm
Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat. Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.



3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

3.33pm Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.



3.36pm Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis.

3.55pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

4.00pm Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti. Seorang AJK PAS Perak menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah. Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.


4.12pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

4.17pm Exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan "gagal dihubungi" masih bersama PKR. Kebimbangan tentang "kehilangannya" cepat merebak susulan wujud dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

4.22pm Mesyuarat pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang. Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.

4.39pm 9 penyokong PR berjaya ditahan polis. Lebih kurang 3,000 penyokong bersurai selepas diarahkan oleh seorang pemimpin PAS Perak setengah jam lalu.

5.30pm Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri." Gabungan pembangkang menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. "Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman."

Khamis 5 Feb 2009







"Saya masih MB Perak" -Dato' Seri Nizar


Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    bagus2..saye cadangkan rahmat jd mb besar perak..kami rakyat perak amat berbesar hati jika rahmat menjadi mb kami..ape ke hel nyer yob..

Leave a Reply

Post a Comment