Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Al-Quran dan Non-Muslim..(Bhg.1)

Apr 23, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 10:17 AM

Salam Islah,

1. "“Sepatutnya lama doh bendo al-Quran ni dibaco dan diguno dengan meluas oleh semuo ore termasuk ore Cino"..."Dio nok baco takpo, tafsir tu dio punye pasallah"...

2. Demikian lebih kurang serba ringkas pandangan dan ulasan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz menjawab pertanyaan wartawan.

3. Ringkas dan padat, jadi saya tak nak ulas panjang tentang apa yang dikomentarkan oleh Tuan Guru ni, sebab dah jelas maksud yang ingin disampaikan.

4. Cuma saya hairan, macam mane wartawan boleh pi tanye tentang tafsiran yang dibuat oleh ADUN Pantai Remis tu? Memang benar ke die ade buat tafsiran berkaitan ayat tu?

5. Saya tengok ceramah die takde pun die tafsir, cume apa yang die buat hanya kuatkan hujah die dengan ayat tu.

6. Kalau ye pun wartawan nak tanye Tuan Guru, jgn ler pi duk tanye bende-bende yang tak betul dan bende-bende yang orang tak buat.

7. Acu pi tengok dulu ceramah die tu, pastu nak ulas, ulas ler panjang berjeler mane pun, dalam utusan ke, dalam berita harian ke, dalam metro ke, dalam kosmo ke, dalam paper mane-mane pun, tak kesah ler, nak ulas sampai satu paper pun takpe.

8. Kemudian keluar plak pendapat Dato' Mufti Perak, secara asasnya saya bersetuju dengan pendapat Dato', ayat-ayat Quran ni tak leh guna untuk tujuan "politik".

9. Tapi definisi "politik" tu perlu ditafsirkan begini; politik yang sudah dikotori oleh politik wang, rasuah, penyalahgunaan harta kerajaan dan wang rakyat, sekatan kepada media dan pencabulan terhadap hak asasi manusia.

10. Jika "politik" tu, saya setuju sangat-sangat sebab tak boleh gunakan Al-quran untuk membenarkan semua anasir kotor tu.

11. Memang Al-quran dengan anasir-anasir tu tak leh nak pi, sebab Al-quran ni bersih, tak leh nak ngam dengan anasir-anasir kotor camtu.

12. Tapi malangnya, politik yang sebenar dan politik yang saya faham bukanlah "politik" yang dinyatakan seperti di atas tu.

13. Politik ni bersih dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Kita tak boleh pisahkan walaupun satu juzuk daripada kehidupan manusia dengan Islam dan politik tu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

14. Manusia yang mencorakkannya, ibarat bayi yang dicorakkan ibu dan bapanya setelah lahir.

15. Maka kesimpulannya, bagi saya tidak salah Muslim or non Muslim untuk guna atau baca Al-quran dengan niat menyatakan yang haq dan menegah yang batil.

16. YB Nga Kor Ming mungkin tersilap nama surah, tapi ia merupakan satu perkembangan yang baik.

17. Sekurang-kurang orang-orang Cina tau dan nampak yang Islam ni suh berlaku adil kepada semua.

18. Bagus ayat ni, mungkin memang terkena dekat diorang ler kot, tu yang terasa panas semacam je, sampai ulas pun merapu-rapu dan hentam YB ni dalam media.

Surah An-Nahl, ayat 90:

....إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ehsan(kebaikan)..."

Bersambung...

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment