Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Politik Bukan Matlamat..(Bhg.2)

Apr 21, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 12:47 PM

Islam adalah Matlamat Utama

1. Jika ada yang mendabik dada mengatakan bahawa "aku adalah Muslim", maka saya akan jawab "ya, kamu memang Muslim".

2. Tetapi malangnya Muslim yang ada pada kamu hanya sekadar Muslim dari segi "title" sahaja, tidak mampu dan berupaya untuk menjaga diri hatta agama kamu sendiri.

3. Memang mudah untuk mengaku bahawa kita Muslim, dan memang mudah untuk mengatakan bahawa aku beragama Islam, hatta memang mudah untuk kita menyebut perkataan "Aku Muslim".

4. Mudah dan sememangnya mudah kerana ia boleh terpancar bila-bila masa sahaja dari mulut yang "bertulangkan" nafsu yang tersembunyi disebalik lidah yang penuh bermadah.

5. Sesungguhnya Allah tidak mencipta manusia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah apatahlagi apabila Dia mentaqdirkan bahawa kita diciptakan sebagai seorang Muslim yang diletakkan dipundaknya tanggungjawab sebagai seorang da'ie dan khalifah di muka bumi.

6. Tanggungjawab dan amanah inilah yang akan dipersoal di hadapan Allah kelak.

7. Setiap Muslim seharusnya tahu bahawa terdapat dua matlamat asas yang perlu memacu dan mengorientasikan kehidupan mereka di dunia.

6. Yang pertama adalah mengabdikan diri kepada Allah sebagaimana yang disebut di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

7. Dan kedua, menjadi khalifah untuk mentadbir dan menguasai dunia dengan panduan dan dasar-dasar Islam sebagaimana yang telah disebut dalam ayat 30 surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi..."

8. Ini merupakan tanggungjawab besar seorang Muslim terhadap agama dan saudara semuslim mereka.

9. "Kerja" inilah yang akan menjadi saham kepada mereka untuk memperoleh dan mencapai redha Allah di Akhirat kelak.

10. Dalam matlamat yang kedua, jelas dilihat bahawa umat Islam perlu menguasai dan mentadbir dunia sebagaimana berlaku ketika era pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin seterusnya pemerintahan Khalifah Bani Umayyah, Abbasiyah dan terakhir Khalifah Uthmaniyah dan akhirnya jatuh sistem pemerintahan Khalifah di Turki.

11. Atas dasar ini maka, bermulalah perjuangan Islam digerakkan oleh jamaah-jamaah, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Islam bagi mengembalikan kegemilangan Islam menguasai dunia.

12. Di Malaysia, percaturan politik telah diletakkan sebagai satu medium yang amat releven untuk membela Islam dan menyuburkan kembali kerja dakwah seterusnya meletakkan Islam di tempat tertinggi sewajarnya Islam sebagai agama yang suci dan ditinggikan oleh Allah.

Bersambung...

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment