Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Perodua MPV: Akan datang..

Apr 30, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 3:38 PM

Assalamu'alaikum,

1. Syukurku setinggi-tingginya kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan terus mengecap secebis nikmat kurniaanNya walaupun kadang kala terleka dan lalai dek kebobrokan dunia yang amat hina di sisiNya.

2. Dunia ini hina sehina-hinanya ibarat seperti kain buruk yang tiada mudharat dan manfaat kepada manusia sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah, nabi junjungan dan pembawa rahmat ke seluruh Alam dalam sebuah hadith baginda.

3. Ia langsung tidak memberi manfaat kepada Allah dan tiada sedikit walau sebesar zarah pun akan kita bawa ke alam "sana" setelah datang Qada' dan Qadar Mubran daripada Allah.

4. Walaubagaimana pun, kita harus mempergunakan dunia dengan sebaik mungkin dan tidak seharusnya ia disia-siakan kesempatan yang diberikan untuk kita "beraksi" mengejar akhirat dan berjual beli dengan Allah.

5. Kejarlah akhirat, sesungguhnya Allah akan sentiasa bersamamu dengan mengurniakan apa yang dihajati dan dikejar oleh mu di dunia.

6. Oklah, just sekadar itu perkongsian dan tazkirah pendek untuk tatapan jiwa kita.

7. Kite bebalik kpd tajuk posting ni, "Perodua MPV: Akan datang.." jadi kali ni sy ingin berkongsi dengan taulan berkaitan perkembangan PERODUA ni selaku industri automotif kedua Malaysia.

7. InsyaAllah, Ade MPV baru akan keluar selepas Exora. Sambil2 rest tu kite tgk Perodua MPV baru yang akan dilancarkan tidak lame lagi.

8. Ni model Toyota Passo, tapi dikatakan reka bentuk model Perodua MPV yang akan dilancarkan PERODUA takkan jauh bezanya dengan model Toyota Passo ni.



ni interior(dalaman) Perodua MPV.


interior MPV ini agak selesa, 7 tempat duduk, satu stearing(mmg cnfirm stearing satu je, takdenye dua..haha..).




Cockpit (dashboard) agak lawa, ditambahkan dengan bentuk rekaan kawalan sistem audio yang menarik.




ala-ala Eropah dalamnye nih.




Kawalan sistem audio dan gear level yg berstail kereta mewah.


Tahniah PERODUA..!

Ingatlah! Sesungguhnya dunia itu luas, tetapi janganlah kamu mengejarnya, kerana dikhuatiri ia akan mengejar kamu di akhirat kelak...

Dan Ingatlah! Sesungguhnya dunia itu juga manis dan seronok, tetapi janganlah kamu terlalu ghairah mengumpulnya utk memenuhi nafsu syahwatmu yang tidak akan pernah merasa puas, kerana ditakuti kamu tidak akan mampu untuk menanggung beratnya bebanan itu, na'uzubillah..

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment