Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Politik Bukan Matlamat..(Bhg.4)

Apr 30, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 12:26 PM

Salam Perpaduan,

LETAKKAN TARBIYAH DI HADAPAN POLITIK

1. "Kerja" politik yang tujuannya bukan untuk mendaulatkan "ketuanan" Islam dan dasar-dasarnya adalah sia-sia dan jauh daripada redha Allah.

2. Tiada guna berkecimpung dalam apa jua lapangan atau bidang yang mengkehendakkan kudrat dan titik peluh disumbangkan atau dikorbankan jika hadafnya bukan untuk menyuburkan dakwah dan meninggikan Islam.

3. Ia ternyata sia-sia, apatahlagi jika menggunakan politik untuk menjatuh dan menentang Islam daripada berdaulatnya di bumi bertuah ini.

4. Ia hanya menempah neraka yang sarat dengan seksaan yang berat seberat beratnya di akhirat kelak.

5. Abu Musa al Asy’ari menceritakan bahawa; seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW :

“Orang yang berjihad kerana harta rampasan perang, orang yang berjihad kerana mahukan kemasyhuran dan orang yang berjihad kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah SWT?”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang berjihad supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah SWT”. – Hadith muttafaqun ‘alaih.

6. Amat malang sekali apabila sesetengah daripada kita meletakkan politik di hadapan tarbiyah.

7. Mereka menggunakan semata-mata politik untuk meraih kemenangan tetapi lupakan tarbiyah untuk memacu gerak kerja dan mengisi kemenangan yang dikurniakan.

8. Mereka terlalu ghairah berpolitik, sampaikan di mana-mana sahaja berpolitik, di dewan kuliah berpolitik, di bilik berpolitik, di jalanan berpolitik, di stesen bas berpolitik sehinggakan di bilik air pun mereka berpolitik.

9. Oleh sebab terlalu banyak berpolitik maka mereka semakin tenggelam dalam kepolitikan mereka, mereka semakin lupa kehidupan yang menginginkan mereka memikir lebih jauh daripada itu dan mereka mula lupa untuk menggunakan politik supaya keberlangsungan Islam dan proses tarbiyah dipelihara.

10. Ia seterusnya mengundang mereka ke arah kealpaan dan kelalaian tentang proses tarbiyah, proses pembangunan jiwa, proses untuk mengisi jiwa yang kering kontang dan jauh daripada Ilmu akhirat, malahan amat malang lagi menyebabkan mereka memandang rendah tentang tarbiyah.

Bersambung...

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment