Hijrah: Untuk Memaparkan Islam Semakin Kuat
Dec 21, 2009
, Posted by hamba_tarbiyah at 1:54 AM
Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Bouti:
"Tujuan sambutan Ma'al Hijrah diadakan adalah untuk melihat Islam itu semakin kuat."
Telah banyak artikel-artikel yang ditulis berkaitan dengan Hijrah atau Ma'al Hijrah ini.
Anda mungkin boleh melihat dan membacanya dengan mudah melalui Pakcik Google atau Pakcik Yahoo atau laman carian yang lain. Tetapi ada satu perkara yang penting ingin saya kongsi di sini.
Kita sebenarnya ingin melihat suatu masa nanti Sambutan Ma'al Hijrah ini menjadi himpunan raksasa umat Islam di seluruh Malaysia. Bukan himpunan yang sia-sia tetapi himpunan bertujuan besar untuk memperingati dan menghayati mesej Hijrah yang ingin disampaikan oleh Allah.
Suatu masa nanti kita ingin melihat bahawasanya, umat Islam boleh berhimpunan sebesar-besarnya demi memperlihatkan inilah kekuatan yang ada pada kita, bukan semata-mata kekuatan kuantiti tetapi kehebatan kualiti.
Kita ingin melihat suatu masa nanti ia adalah himpunan yang bukan semata-mata himpunan yang hanya berpenat-lelah berkumpul kemudian pulang dengan tangan kosong. Tetapi himpunan yang bakal membawa pulang resolusi untuk meningkatkan kualiti umat Islam seluruhnya.
Kita ingin melihat suatu masa nanti himpunan raksasa ini diadakan sempena Ma'al Hijrah ini bagi memutuskan satu tindakan bersama umat Islam ke atas musuh-musuh yang memperlekeh dan menghina umat Islam seluruh dunia.
Kita ingin melihat suatu masa nanti himpunan besar ini memberikan kegerunan yang amat besar kepada mereka-mereka yang ingin menjatuh dan menghancurkan Islam.
Kita ingin melihat suatu masa nanti himpunan besar-besaran ini dapat memberi mesej yang jelas kepada golongan penentang Islam bahawa Islam akan memerintah dan mentadbir dunia ini.
Kita ingin melihat suatu masa nanti himpunan ini akan menjadi satu himpunan yang akan diteruskan sepanjang tahun bagi merealisasikan cita-cita untuk menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan dan undang-undang tertinggi, Sunnah menjadi budaya yang digemari, Islam menjadi cara hidup diamalkan seluruhnya di atas muka bumi ini.
Adakah kita tidak yakin bahawa ia akan berlaku? Percaya dan yakinlah, bahawa suatu masa nanti Islam akan mencapai kemenangan dan Islam bakal memimpin kembali dunia. Itu janji Allah.
Inilah yang menjadi asas pegangan Aqidah kita, inilah yang menjadikan kita tidak lemah malahan memotivasikan kita agar sentiasa komited dengan kerja amal Islami ini.
Inilah sebenarnya yang kita mahukan. Inilah harapan kita, yang akan menjadi realiti suatu masa nanti insyaAllah.
Allahuakhbar!
Allah Maha Besar!
Currently have 0 comments: