Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Perutusan TG Haji Abdul Hadi kepada Blogger PAS

Dec 21, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 3:08 AM



"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul."

Demikian kata YB Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, merangkap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ketika merasmikan Konvensyen Blogger PAS di Taman Melewar semalam.

Ada beberapa perkara penting peringatan Dato' Seri Tuan Guru kepada blogger PAS yang perlu kita amati, bukan sahaja blogger PAS, malahan turut sama juga blogger-blogger umum lain yang seharusnya perlu mengambil manfaat daripada amanat dan perutusan penting beliau.

Antara peringatan dan perkara penting yang perlu diamati daripada perutusan beliau:
1. Para blogger jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

2. Tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

3. Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul.

4. Ada sesetengah blogger yang syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

5. Ada di kalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

6. Para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

7. Contohnya bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

8. Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

9. Jihad paling afdal adalah bercakap benar.

10. Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan ia perlu dilakukan dengan akhlak.

11. Blogger adalah sebahagian dari dunia media yang mampu mempertahankan mahupun menjatuhkan kerajaan.

12. Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna.

13. Para penulis blog juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

14. Konvensyen blogger PAS ini juga merupakan langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

15. Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan).

Saya rasakan banyak peringatan dan hikmah yang sangat berguna dan bermanfaat disampaikan oleh beliau. Agar sama-sama kita mengambil perhatian dan bertindak dengan sewajarnya, lanjutan atas nasihat dan amanat yang telah beliau sampaikan.

Ucapan yang penuh hikmah dan mempunyai mutiara peringatan yang cukup bermakna.

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment