Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Cebisan Muqaddimah Fiqh Daulah (Bhg.1)

Dec 28, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 2:09 AM



1. "Agama itu suci, politik itu kotor." Slogan yang cukup terkenal yang dicanang oleh musuh-musuh Islam.

2. Pada siri kuliah pertama Fiqh Daulah ini, muqaddimah yang cukup ringkas, Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz telah memulakan perbahasan dengan membawa gambaran yang cukup jelas tentang suasana dan kerangka masalah yang melanda umat islam akhir zaman pada masa ini.

3. "Agama itu suci, politik itu kotor, tidak boleh dicampur antara agama dan politik." Ia adalah kata-kata biasa yang kita dengar daripada sesetengah manusia yang menerima Al-Quran sebagai kitab mereka.

4. Ya sememangnya Islam itu suci manakala politik itu kotor, tetapi politik yang kotor itu adalah politik barat, bukan sama sekali politik Islam.

5. Sebenarnya, ia tidak lain tidak bukan adalah slogan yang telah berjaya dibius masuk ke dalam pemikiran umat Islam pada zaman ini.

6. Ia antara method yang paling ampuh untuk melemahkan umat Islam sepanjang zaman, memdoktrinkan slogan sebegitu rupa dalam pemikiran mereka, memisahkan Islam daripada politik pemerintahan.

7. Apabila Islam tidak memerintah dan tidak berkuasa untuk memerintah serta mentadbir, maka tuntasnya kuasa umat Islam itu sangat terhad dan amat terbatas untuk menjalan serta menegakkan syaria't Allah secara menyeluruh di atas muka bumi ini.

8. Jelas, umat Islam bagaikan tiada kuasa untuk mendaulatkan perundangannya, tiada kemampuan untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang tertinggi di dalam perlembagaan negara. Seharusnya diingat, ia merupakan agenda jahat untuk melumpuh seterusnya menghapuskan Islam.

9. Bahana yang melanda umat Islam pada waktu ini adalah kesan apabila mereka menjauhkan Islam daripada politik pemerintahan, apabila mereka meletakkan Islam hanya sesuai untuk berada di masjid, di kuliah-kuliah ilmu, di madrasah-madrasah, di majlis perkahwinan, majlis tahlil, majlis kematian atau sebagainya.

10. Mereka tidak merasakan bahawa Islam itu wajar dan seharusnya berada di suatu tempat yang tinggi bagi memerintah negara dan mentadbir dunia ini.

11. Ia bala yang cukup besar bagi umat Islam kerana kejahilan mereka sendiri tentang Fiqh Daulah atau Fiqh Kenegaraan.

bersambung..(bahagian terakhir akan menyusul, harap setia bersama amalbahtera)

Nantikan akan datang, siri-siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz di amaltube.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment