Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Cebisan Muqaddimah Fiqh Daulah (Bhg.Akhir)

Dec 29, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 1:49 AM



1. Saya kira sudah ramai sedia maklum tentang Maqasid Syar'iyah. Syari'at dan perundangan Islam itu menjaga berapa perkara yang cukup besar dan penting dalam kehidupan manusia, ia di sebut Maqasid Syar'iyah:
1. Agama
2. Nyawa
3. Aqal
4. Keturunan
5. Harta

2. Apabila kita melihat kepada perundangan Islam ini, tidak sedikit di kalangan umat Islam merasa gerun dan gentar akan undang-undang ini malahan terlintas difikiran mereka menganggap ia kejam dan zalim.

3. Mereka gerun kerana tidak faham akan falsafah dan hikmah sebenar yang terdapat dalam undang-undang tersebut. Mereka berfikiran begitu kerana mereka terpengaruh dengan doktrin jahat.

4. Sebenarnya ia bertambah parah apabila salah faham terjadi kerana terpengaruh dengan dakyah dan ideologi yang disesarkan dalam pemikiran mereka bahawa undang-undang Islam ini kejam.

5. Malahan lebih malang lagi apabila orang Islam itu sendiri menjaja dan mempromosikan fahaman yang dilaknat oleh Allah ini.

6. Undang-undang Islam cukup adil dan besar hikmahnya di sisi Allah. Ia sesekali tidak kejam dan zalim kepada manusia. Contohnya amat jelas jika dilihat dalam hukum hudud, hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan kain.

7. Apa hikmahnya jika menggunakan kain? Walhal mungkin langsung tidak memberikan kesan yang besar kepada fizikal pesalah.

8. Inilah falsafah perundangan Islam, mendidik manusia, bukan menghukum. Kebenaran Islam itu bukan dibuktikan dengan Aqal, tetapi dengan Wahyu.

9. Atas barakah perundangan Allah itulah, maka dikurniakan keampunan di sisi Allah atas kema'siatan yang dilakukan.

10. Antara falsafah yang cukup besar dalam undang-undang Islam ini adalah, sepastinya dijanjikan oleh Allah bahawa pesalah akan mendapat keampunan atas segala dosa yang dilakukan apabila menerima hukuman. Dosa-dosa kema'siatan mereka akan diampunkan oleh Allah.

11. Tetapi tidak perundangan manusia, walaupun mendapat hukuman yang berat di dunia, tetapi belum tentu kesalahannya diampunkan oleh Allah di akhirat kelak.

12. Sebelum memasuki perbahasan tajuk pertama Fiqh Daulah ini, seharusnya diketahui beberapa perkara yang menjadi rukun terbentuknya sebuah Daulah(Negara), Rukun Daulah:
1. Tanah air(tempat untuk didirikan sebuah negara)
2. Rakyat(manusia yang mendudukinya)
3. Ketua negara (mengurus dan mentadbir)
4. Undang-undang (mengawal negara)
5. Kedaulatan (pengistiharan sebagai sebuah negara tanpa ada pihak lain yang boleh menceroboh)

13. Sesungguhnya manusia tidak dapat menyelesaikan masalah manusia kecuali Allah. Hanya Allah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan manusia, hanya perundangan Allah sahaja yang akan mampu menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

14. Islam itu adalah agama, negara, dan juga undang-undang, malahan meliputi keseluruhan kehidupan manusia itu adalah agama.

Wallahua'lam.

Nantikan akan datang, siri-siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz di amaltube.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment