Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Yakinlah, Wahai Pemuda Da'wah

Dec 29, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 2:55 AM


“Wahai Pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.

Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati semua yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya.

Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas, terumbang ambing di antara seruan-seruan yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan samada sedikit atau ramai.”


وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ ...

“Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-‘Imran:126)

1. Yakinlah bahawa Islam adalah wadah perjuangan dan kehidupan. Yang pasti, keyakinan ini tidak terbentuk melainkan berbuah daripada Iman.

2. Dengan keyakinan manusia hidup dan meneruskan kehidupan. Tanpa keyakinan yang benar, manusia akan tumpas dan kalah di atas pentas kehidupan.

3. Islam harus menjadi teras keyakinan dan kepercayaan. Meyakini selain daripadanya hanya akan menempah kerugian dunia dan akhirat.

4. Imam Hasan Al Banna mengajak kita meyakini fikrah perjuangan dan kehidupan Islam. Kita wajib meninggalkan fikrah-fikrah selain fikrah Islam.

5. Curahkan segala tenaga dan usaha untuk menegakkan Islam dalam kehidupan peribadi dan umat. Berusahalah untuk menjadi insan soleh dan ‘muslih’ terhadap orang lain.

6. Bukan sahaja membaiki diri tetapi berusaha jua membaiki orang sekeliling. Inilah jalan kebaikan dunia dan akhirat.

7. Sedarlah bahawa Islam telah membuktikan kehebatan dan kemampunannya. Lihat generasi para sahabah, mereka sebenarnya hebat adalah semata-mata kerana Islam dan mereka mendapat kemulian semata-mata kerana Islam, tiada asbab lain.


8. Generasi awal umat ini telah diiktiraf sebagai ‘khaira ummah’ yang menjadi pemimpin dunia dalam masa tidak sampai 30 tahun kemudian ketuanan mereka berterusan selama ribuan tahun.

9. Melaka pernah bernaung di bawah kepimpinan Uthmaniah Turki suatu ketika dahulu. Ini semuanya membuktikan kemampuan Islam.

10. Rasulullah SAW telah menjalankan tugas mendidik, membangunkan jiwa kehambaan dan memberikan ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya tanpa jemu kepada umat sepanjang hayat Baginda SAW.

11. Dengan penat lelah dan tanpa putus asa tersebut, baginda telah melahirkan generasi terbaik yang tiada tandingan.

12. Justeru umat hari ini sangat memerlukan ‘murabbi’ yang istiqamah, ikhlas, kenal kaedah dan jalan serta mempunyai kemampuan dan mampu untuk meraih pertolongan dan nusrah Allah SWT untuk menyatupadukan umat dan mengembalikan umat kepada kehebatannya.

13. Hakikatnya, umat hari ini tidak kekurangan ‘muallim’ (guru) tetapi umat hari ini kekurangan ‘murabbi’ (pendidik). Para pemuda perlu dididik untuk melahirkan pendidik, pemuda-pemuda perlu ditarbiyah untuk melahirkan murabbi.

Wallahua'lam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment