Karya Amal oleh hamba_tarbiyah

Pemuda : Masa Depan Ummah ditanganmu

Apr 21, 2009 , Posted by hamba_tarbiyah at 11:07 AM

Salam Perpaduan,

1. Masa depan Ummah di tanganmu wahai pemuda dan pemudi! "Jika ingin melihat majunya sesebuah tamadun atau negara, maka lihatlah keadaan pemuda dan pemudinya."

2. Pemuda-pemudi merupakan harapan agama dan bangsa untuk mentadbir negara pada masa akan datang seterusnya mengisi kemenangan sebuah perjuangan dengan dasar-dasar Islam.

3. Ummah hari ini sangat memerlukan sentuhan pemuda dan pemudi Islam bagi menyelamatkan mereka dan generasi yang mendatang, yang mana bakal lahir dari benih para pemuda dan pemudi hari ini.

4. Pemuda seharusnya peka dan "sensitive" malah bersikap responsive terhadap pergerakkan musuh-musuh mereka baik nyata atau tersembunyi yang mungkin sukar dikesan oleh orang awam justeru mereka sering berselindung di sebalik peraturan , undang – undang , NGO , pergerakan kebajikan , hak asasi , kebebasan media dan seumpamanya.

5. Pemuda jangan lengah untuk bingkas menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada Islam dan jangan sekali–kali lena di saat musuh bertubi arus mengarahkan serangan pemikiran kepada ummat Islam.

6. Pemuda sewajarnya bersatu dan jangan sekali–kali pecah hati dan retak solidarity dalam mengumpul segala upaya dan kekuatan berhadapan dengan ancaman musuh yang datang dengan perancangan rapi serta sistematik .

7. Al Marhum Abu A’ala Al Maududi rhm. Pernah menyebut di dalam bukunya yang berjudul Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini , bahawa musuh–musuh Islam begitu licik mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan ummatnya . Antara taktik mereka ialah :

  • Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
Menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan Islam kita atau menjadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran Islam tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

  • Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam.
Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara.

Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China.

  • Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.
Mencipta angkatan dalam negara-negara Islam supaya lahir generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci, jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agung dan tamadun Islam yang hebat.

Generasi ini dicelup aliran pemikirannya sehingga mengikut kacamata materialisma barat. Maka generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.

Generasi ini lebih kuat dalam mempertahankan tamadun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment